Betul ke Dr. Zakir Naik ni menyokong ideologi pengganas? Pengganas? Nampak macam orang baik je. Tapi, kalau tak benar, kenapa ramai yang benci sangat kat dia?
Sampai boleh kena banned dari menjejakkan kaki ke UK dan Canada.
Dan, pasal apa negara kita begitu teruja mengundang dia datang ke sini? Siap nak bagi taraf kerakyatan lagi. Adakah kita ni baik tak bertempat? Hmmm… macam ada sesuatu yang tak kena aje.
Secara peribadinya, saya tak begitu ikut sangat perkembangan beliau. Percakapan dia berbelit, dan kengkadang faktanya menyeleweng. Mungkin tak sengaja kot. Yelah, takkan lah dia nak tahu semua benda.
Terdahulunya, saya agak terpegun melihat kebolehan dia menghafal/memetik nombor surah dan ayat daripada Al-Quran dan juga Holy Bible. Gayanya itu mengingatkan kita kepada Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat (gambar di bawah), yang juga gemar berdebat dengan para cendekiawan Kristian. Ahmad Deedat merupakan idola dan guru Zakir Naik dalam Comparative Religion. Jadi, tidak hairanlah, kaedah kontroversial yang digunakan oleh kedua-dua pendakwah ini agak serupa.
![]() |
![]() |
Zakir Naik, atau nama penuhnya Zakir Abdul Karim Naik, mendapat kedoktorannya dari Kolej Perubatan Topiwala National Medical College & Nair Charitable Hospital, Mumbai, India. Dia ni selayaknya seorang doktor perubatan. Tapi menjadi pendakwah sepenuh masa setelah berguru dengan Ahmad Deedat.
Bagi meluaskan skop dakwahnya, dia menubuhkan Peace TV, sebuah channel TV Islamik yang berpangkalan di India dan Bangladesh.
Oleh kerana bidangnya adalah dalam perbandingan agama, maka kaedahnya dianggap menghina agama lain dan, secara tak langsung, mencetus ketegangan di antara penganut agama Hindu dan Islam, terutama di negara asalnya, India. Atas dasar itu, India dan Bangladesh mengharamkan Peace TV yang beroperasi di kedua-dua buah negara tersebut.
Dia didakwa terlibat menghasut/mengilhamkan dua siri serangan pengganas di Mumbai dan Dhaka, tahun lalu.
Tapi benarkah pertuduhan ini?
Saya rasa takdelah 100% benar. Dia ni bukanlah perangai macam si Anjem Choudary atau geng Muhajirun kat UK tu. Maksud saya, dia takdelah ekstrim sangat menyokong ideologi pengganas dan menghasut orang awam untuk menyertai kempen keganasan secara terang-terangan.
Akan tetapi, dia juga tidak menolak ideologi-ideologi tersebut. So, dia ni pro atau anti pengganas ni? Atau, adakah dia sendiri pun confused?
Apapun, untuk dia nak mengaku sebagai messenger of peace, jauh panggang dari api.
Seeloknya, kita berhati-hati dengan pendirian orang sebegini. Ini kerana kita harus tolak segala bentuk keganasan; hatta keganasan yang datangnya dari orang Islam itu sendiri. Memang orangnya nampak berhemah dan intelektual. Cukuplah kita sekadar mengambil pengajaran daripada lectures Zakir Naik ni tanpa mengikuti ideologi jihad dan politiknya.
Ada juga sesetengah pihak yang menuduh Zakir Naik ni wahabi. Saya beranggapan pertuduhan ni tidak benar langsung kerana jelas sekali manhajnya lebih kepada sufism dek kerana kaedah Ahmadiyyah/Qadiani yang digunapakai. Walaupun dia sendiri bukanlah pengikut Qadiani, tapi dia menggunakan pendekatan tersebut di dalam perbandingan agama.
Orang Melayu kata, buang yang keruh, ambil yang jernih. Adapun perkara yang elok kita ikutlah. Tapi, perkara yang mungkar tu kita tinggalkan jauh-jauh. Kita pun bijak menilaikan mana yang baik, dan mana yang buruk.
Sekian.
Hi. I see that you don’t update your website too often. I know that writing posts is boring and time consuming.
But did you know that there is a tool that
allows you to create new posts using existing content (from article directories or other blogs from
your niche)? And it does it very well. The new posts are unique
and pass the copyscape test. You should try miftolo’s tools