Aktivis Hak Asasi Manusia, Siti Kasim (gambar), tetap teguh di dalam pendirian beliau di dalam isu penggunaan kalimah Allah.
Pendiriannya, sebagaimana yang saya fahami ialah kalimah Allah bukan terhad kepada orang Islam sahaja. Bahkan, ia meliputi ketiga-tiga kepercayaan Abrahamic di dunia. Ini adalah kerana Allah merujuk kepada Tuhan yang sama (di dalam ketiga-tiga kepercayaan tersebut).
Terus terang saya katakan bahawa kita sebagai umat Islam seharusnya bersikap neutral di dalam hal ini. Oleh itu, Siti Kasim berhak untuk memegang kepada pendiriannya sebagaimana kita juga berhak mempunyai pendirian kita tersendiri.

So, sesetengah pihak berpendapat bahawa kalimah tersebut bebas digunapakai oleh pihak gereja memandangkan ia digunakan, amnya, untuk merujuk kepada Tuhan. Kita pun tak pernah dengar orang Arab (Kristian dan Muslim) bertelagah di dalam hal ini.
Jadi, apa masalahnya?
Masalahnya, bagi saya, fahaman Islam di negara kita telah “dimelayukan” dan segala perkara yang bersangkut-paut dengannya dianggap sebagai khas-Melayu sahaja. Ini pemikiran yang salah. Lihat sajalah Pakistan dan Afghanistan. Apabila mereka memilih untuk mencampur-adukkkan agama dan tradisi lokal maka segala perkara karut-marut juga turut dianggap sebagai Islamik.
Dan, hujah yang sering digunakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja akan menyesatkan Umat Islam adalah tidak berasas sama sekali. Kalau ada pun mana buktinya? Kita harus lebih bijak dan boleh menilai subjek ini secara ilmiah dan bukan emosi semata-mata.
Tetapi, lain pula berlaku. Ada pihak yang menuduh Siti Kasim sebagai murtad. Murtad? Astaghfirullah. Cuba bawa bertenang dulu.
Andainya, kita sering memurtadkan orang-orang yang tak bersefahaman dengan kita saya percaya ramai lagi yang lebih “murtad” daripada Siti Kasim ini. Daripada apa yang saya dengar dia ni seorang Muslim Liberal, bukannya murtad.

Sememangnya golongan-golongan ini akan lebih bersifat terbuka dan memperjuangkan hak-hak asasi manusia tanpa mengira kaum, budaya, agama, kedudukan dan sebagainya.
Bukankah itu lebih islamik?
Apa yang anda faham dengan perkataan adil?
Adakah bermaksud 1=1 ATAU meletak sesuatu kena pada tempatnya?