Sedih. Kes macam ni tak sepatutnya berlaku.
Sorang anggota Polis maut setelah terjun daripada tingkat empat sebuah pangsapuri di Pandan Perdana kerana nak melarikan diri daripada serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Setakat ni, identiti mangsa tak didedahkan.
Untuk link berita ini boleh klik di sini.
Insiden sebegini bukanlah kali pertama berlaku. Dah berapa ramai yang terkorban gara-gara sikap overzealous badan-badan agama seperti JAIS dan JAWI ni? Kononnya nak tangkap pasangan tengah berkhalwat. Ended up, ada pulak yang mati.
Yang saya nak persoalkan sekarang ni adalah… apakah tujuan dan hak JAIS nak serbu kediaman persendirian (atau bilik hotel sekalipun)? Kalau tujuannya nak mencegah kemungkaran, confirm ni bukanlah caranya. Pada perkiraan saya, membunuh (atau menyebabkan kematian) jauh lebih mungkar kalau dibandingkan dengan kes khalwat semata-mata.
Dan juga JAIS tiada hak nak pecah masuh rumah/kediaman atau memasuki premis persendirian tanpa izin. Mereka bukannya Polis. Even Polis pun perlukan waran (kecuali dalam kes-kes kecemasan).
Sekadar moral policing ni baik tak payah. Nak mengendap sini-sana, sudah tentu bukan Islamik.
Harap JAIS ni bertaubat dan pengarahnya serta konco-konco kaki skodeng ni dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya. Akibat tindakan haram mereka, seorang anggota Polis terkorban. Sedihlah keluarga mangsa mendapat berita semacam ni. Ibarat jatuh ditimpa tangga.
Nasihat saya, hentikanlah kerja dok mengendap orang ni serta merta. Tangkap basah ni bukan tuntutan agama pun… ia adalah bidaah dholalah.
Kalau betullah kerja mengendap ni termasuk dalam ajaran Islam, kemukakan buktinya. Kalau sekadar gatal nak skodeng orang jugak, memang korang ni bermasalah.