Antara Islam & Melayu Kon

antara islam melayu kon

 

Melayu Kon adalah istilah yang saya rekacipta setelah melihat sebuah klip video sekumpulan jemaah surau membelasah seorang pemandu Cina lepas solat Jumaat.

Di dalam klip video viral yang berdurasi lebih dua minit itu, kelihatan jemaah Surau Taman Austin Perdana, Johor Bahru, berganding bahu memukul dan menendang sebuah Toyota Camry berwarna putih. Ada yang mengetuk cermin kereta tu suruh berhenti, ada yang terpekik terlolong, ada yang berpayung, ada yang bagi flying kick (?). Macam-macam ragam manusia semata-mata tak puas hati dengan tindakan pemandu tu membunyikan hon kenderaannya tatkala mereka tengah sembahyang Jumaat.

Di dalam kekecohan tu, kereta tersebut kelihatan dipandu secara cemas… mungkin nak melarikan diri kot. Tapi tak berjaya. Malahan, cermin belakang dia pecah dihentak helmet. Apabila pemandu tu keluar kenderaan, dia terus dibelasah orang ramai. Time dia kena belasah ramai-ramai tu datang lah seorang lebai berjubah putih memukul dia dengan kon trafik. Ya, kon keselamatan warna oren tu. Dihayunkan kon itu bertalu-talu kat pemandu Cina tu. 

Maka pada saat itu, lahirlah istilah Melayu Kon ini. 

jemaah pukul pemandu 01
jemaah pukul pemandu 02
jemaah pukul pemandu 03

Imej-imej dia atas ni menunjukkan mangsa dikerumuni orang ramai dan dibelasah. Kelihatan seorang lelaki berjubah putih (berkopiah) memukul mangsa dengan kon. Boleh lihat video nya di bawah.

Difahamkan insiden ini berlaku ekoran mangsa berang keretanya tak dapat melalui jalan yang sempit disebabkan kenderaan jemaah solat Jumaat yang parking kiri kanan jalan (siap ada yang double parking lagi tu). So, apa dia buat? Dia pon hon lah. Dia hon bertalu-talu. Mungkin nak cepat kot. Ternyata sekali tindakan itu mengundang padah.

Yelah, jemaah tu tengah khusyuk sembahyang tetiba ada orang tengah khusyuk hon pulak. Kacau lah kan?

Tapi, adakah justified para jemaah surau tu pukul mangsa sesuka hati? Siap pukul dengan kon pulak. Anda rasa bagaimana?

Saya tak nafi, memang kengkadang kita berasa marah dan mungkin rasa macam nak pukul orang (kadang saya rasa macam tu jugak), tapi sebaik-baiknya kita perlu bersikap rasional. Kalau setakat nak marah tu takpe lagi. Tapi, janganlah sampai pukul orang pulak. Itu dah menjadi satu kesalahan jenayah.

Jadi, dalam kes macam ni siapa yang salah? Adakah membunyikan hon pun salah? Atau sebab bunyikan hon time solat? Mungkin juga sebab mengganggu kekhusyukan solat? Dengan demikian dia selayaknya kena pukul dengan kon? Masuk akal kah?

Bagi saya, tindakan memukul mangsa sememangnya tak patut. Seperti yang saya katakan, kalau nak marah, takpa lagi. Kesalahan tu kecik aje. Boleh aje settle dengan baik. Kalau kita rasa sesuatu masalah tu tak dapat nak selesai dengan baik, adalah lebih afdal kita panggil Polis. Pihak Polis bersedia membantu dalam apa jua situasi.

Saya taklah kata pemandu tersebut tak salah langsung. Dia mungkin bersalah menggangu ketenteraman awam. Dan dia telahpun tampil memohon maaf di atas kelakuannya itu. Tapi, bagaimana pula kaki-kaki pukul yang belasah dia pada hari tu? Harapnya mereka akan dikenakan tindakan tegas sebab telah mendatangkan kecederaan pada mangsa dan merosakkan harta bendanya.

Harap Polis tidak berlembut dengan geng-geng Melayu Kon ini.

Surau Austin Perdana di hari-hari biasa.

Masalah parking time Jumaat kadangkalanya masalah besar jugak. Hampir setiap masjid dan surau mengalaminya. Disebabkan tanah terhad dan jumlah pengguna kenderaan yang semakin bertambah. Memang tak hairanlah ruang letak kereta selalu full pada hari Jumaat.

Saya difahamkan kerja-kerja menambah ruangan letak kereta sedang giat dijalankan di Surau Taman Austin ni. Mungkin dapat mengurangkan kesesakan di masa akan datang. Takdelah salah faham lagi hendaknya.

Pada masa yang sama, saya ingin mengesyorkan kalau masjid/surau tu dekat dengan rumah atau pejabat, kita jalan kaki ajelah. Pahala pun dapat, keluarkan peluh pun dapat. Minyak pun jimat. Ibadat pun selamat. Hehehe…

Harap JAKIM dan Jabatan Agama Negeri bolehlah menganjurkan Kempen Jom Jalan Kaki ke Masjid setiap hari Jumaat. Bukan saja di Johor, tapi di seluruh Malaysia. Haa.. tu baru betul.

Tapi, kepada pakcik-pakcik (dan individu-individu) yang terpaksa jugak drive pi masjid tu, janganlah memandu keseorangan. Kot ada jugak jiran-jiran kita yang beragama Islam tu, ajaklah tumpang sekali pi semayang Jumaat. Kuranglah sikit kenderaan di jalanraya dan tempat-tempat parking.

Kalau macam di Lembah Klang ni, contohnya, banyak bas Rapid dan juga feeder bus MRT yang kita boleh gunakan untuk ke masjid. Kalau tak mahu naik bas, bolehlah naik Uber atau Grabcar. Takde masalah. Modal pun sikit je guna.

Pendek kata, lepas ni takdelah kita nak menyusahkan pengguna jalanraya yang lain. Manalah tau, ada emergency ke. Kurang-kurangnya takdelah kita menghalang laluan awam. Kalau orang lain block jalan, bukan main kita punya marah. Jadi, bila kita pulak block jalan, apa pulak perasaan orang lain?

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.