Antara Wacana Ilmu Dan Jari Tengah

Kejadian yang menarik minggu ini terjadi di sebuah forum perbincangan/wacana pasal pindaan Akta 355.

Ahli panel jemputan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Pusat Tan Seng Giaw dan Naib Presiden MCA Gan Peng Sieu. Wacana dianjurkan oleh Sinar Harian.

Semasa sesi soal jawab, peguam terkemuka, Siti Kasim (gambar di bawah) bangkit untuk mengajukan soalan serta mengemukakan pandangan beliau.

Barangkali komen yang disampaikan oleh Siti Kasim tak diterima baik oleh para hadirin. Ini kerana ada yang mengherdik beliau, ada yang tersorak, ada pula yang mengejek. Last-last dek kerana tak tahan di heckle oleh 2-3 lelaki yang tak bersifat gentlemen tu, beliau memberi isyarat lucah (middle finger) kepada salah seorang heckler tersebut.

siti_kassim_finger
“Nah… ambik kau!”

Di bawah ni klip videonya. Enjoy.

 

Di sini saya ingin mengucapkan syabas kepada Kak Siti Kasim kerana berani menyuarakan pendapatnya (walaupun beliau dibidas sebegitu rupa). Memang memerlukan kadar keberanian (dan kesabaran) yang tinggi nak berdepan dengan golongan yang tidak mahu mendengar pandangan berbeza. Memang patut pun golongan taksubi macam ni diberikan “petunjuk” jari tengah.

Sungguhpun Akta 355 bukan menyentuh secara langsung pasal Hudud, namun ia memberikan kuasa yang lebih besar kepada Mahkamah Syariah di dalam kes-kes jenayah syariah. Itu yang kita tidak mahu.

Umum mengetahui Hudud bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah yang membelenggu negara-negara Islam pada hari ini. Allah memberikan kita kaedah dan juga kebijaksanaan untuk membuat pilihan terbaik. Kita sepatutnya boleh membuat keputusan menggunakan akal dan bukannya emosi semata-mata (sedikit emotional takpelah).

Sekurang-kurangnya apa yang dikemukakan oleh Siti Kasim membuka mata dan minda kita terhadap satu bentuk “penjajahan” yang sedang berlaku ke atas diri kita. Rupa-rupanya di kala negara kita yang baru menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke-59, jiwa kita masih belum lagi merdeka.

Sedih.

Semoga Allah membantu kita di dalam membuat keputusan dan pilihan yang tepat. Amin.

Semoga Allah menghancurkan ISIS dan kempen keganasan Islamic State di serata dunia. Amin.

Semoga Allah menghancurkan lelaki-lelaki yang bergelar Ulama’ yang menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan umum. Amin.

Semoga Allah membebaskan kita daripada belenggu hukum hakam yang zalim. Amin.

Semoga Allah menjadikan kita setabah Siti Kasim. Amin.

 

 


Share this on : Share on FacebookShare on TwitterShare on GooglePlusShare on PinterestShare on Linkedin

3 thoughts on “Antara Wacana Ilmu Dan Jari Tengah

  1. Maaf adakah kamu kata yang undang undang yg telah Allah tetapkan berdasarkan drpd al quran dan sunnah itu tertolak dan tak blh pakai, dgn menyatakan “Sungguhpun Akta 355 bukan menyentuh secara langsung pasal Hudud, namun ia memberikan kuasa yang lebih besar kepada Mahkamah Syariah di dalam kes-kes jenayah syariah. Itu yang kita tidak mahu.”

    1. Kalau dia memang Undang-undang yang ditetapkan oleh Allah, takkan diorang berani nak pinda pulak. Ni sebenarnya supplement kepada Mahkamah Syariah agar diberikan lebih kuasa menghukum. Saya kurang setuju dalam bab ini sebab kita sudahpun ada Mahkamah Sivil. Saya menyokong kepada sebuah secular state di mana Undang-undangnya adil untuk semua.

  2. so negara kite malaysia dah nak jadi sekular macam negara jiranla. tak lame lagi azan tak boleh kumandang dah. lepas tu tak ade orang kenal islam sebenar. lepas tu tunggula qiamat. sebab janji2 ALLAH tu pasti. Nastaqfirka waatubuilaika, Ya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *