Bagaimana Nak Repair Duit Koyak?

Sekali-sekala kita dapat wang kertas yang koyak seperti contoh-contoh di bawah ini. Ada yang terkoyak sikit, ada yang dah koyak rabak, dan ada pulak yang terkoyak habis (putus kepada dua atau beberapa bahagian).

Contoh 1: Koyak bucu.
Contoh 2: Koyak rabak.
Contoh 3: Koyak habis ni.

Disclaimer: Wang kertas dalam gambar-gambar atas ni memang dah terkoyak dah. Bukan saya yang koyakkan. Saya just baikpulih sahaja. Barangkali ni kesan wear and tear kerana dikendalikan dengan kasar.

Apapun, wang-wang koyak dan bertampal ni buruk dan amatlah ketara sekali kerosakannya. Kadang bila kita nak beli barang menggunakan wang koyak dan bertampal ni pun rasa was-was; takut-takut pekedai atau cashier tak nak terima duit buruk kita.

Di sini saya kongsikan cara-cara yang betul nak repair duit-duit yang koyak ini supaya dia kembali bernilai.

Kesilapan yang sering dilakukan apabila nak tampal wang yang koyak ini adalah dengan menggunakan cellophane tape atau pita selofan (atau lebih mesra dengan panggilan selo tip). Pita selofan ni bagus sebagai bahan pelekat tetapi kalau nak cantumkan kembali wang kertas yang koyak, memang tak sesuai.

Untuk wang kertas atau wang polimer, saya cadangkan guna Invisible Tape.

Invisible tape ni boleh didapati di Daiso. Harganya RM5.30 untuk 3 gulung. Kalau nak yang lagi murah boleh try cari kat kedai Mr. DIY. Biasalah kat Daiso ni harga dia memang fixed RM5.30 termasuk GST. Setakat ni, takdelah pulak saya jumpa invisible tape ni kat kedai alat tulis biasa. Kalau ada tempat lain yang lebih murah, sila bagitau.

Daiso
Pergi kedai Daiso
Invisible Tape
Cari Invisible Tape
Invisible Tape 002
Pastikan beli yang Invisible Tape (kiri dan tengah) bukan Transparent Tape (kanan)

Jadi, untuk harga RM 5.30, kita dapat tiga gulung invisible tape ni beserta mini dispensernya sekali. Convenient kan?

Oh ya, pastikan beli yang Invisible Tape bukan Transparent Tape. Packaging dia hampir serupa. Bezanya, transparent tape ni sama macam pita selofan aje.

So, bila dah beli bolehlah memulakan proses nak repair wang-wang yang terkoyak itu tadi.

Invisible tape ni sebenarnya lebih nipis dan lebih pliable berbanding pita selafon. Permukaan dia juga tidak shiny dan apabila dilekatkan di atas wang kertas memang tak kelihatan. Teksturnya pon dah hampir sama dengan wang kertas. Samada kita tampal atas wang kertas atau polimer sekalipon memang takkan ada yang tahu (melainkan kita bagitau lah). Kalau pass through mesin kira duit pon tiada masalah.

So, di bawah ni adalah hasilnya selepas menampal invisible tape pada bahagian yang terkoyak dalam gambar atas. Yang “Contoh 1: Koyak bucu” tu saya tak ajarlah camne nak repair. Disebabkan dia ada missing piece, mungkin lebih baik tukar kat bank sahaja.

Cth 1: Takyah repair lah kut.
Cth 2: Tak koyak lagi dah
Cth 3: Macam baru!

Seperti yang boleh kita lihat, hasilnya amat memuaskan. Nampak pon macam duit baru dah. Sekurang-kurangnya duit ni kembali bernilai semula dan, yang penting, masih lagi legal tender.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.