Berkenaan dengan penggantungan banner atau sepanduk di luar kawasan beberapa buah Gereja di Penang amatlah memalukan dan Polis, JAKIM dan Majlis Agama Pulau Pinang haruslah menyiasat perkara ini.
Tertera di atas banner tersebut adalah “Allah is Great. Jesus is the Son of Allah” (Tuhan Maha Besar. Isa adalah Anak Tuhan).

Saya bukan menuduh sesiapa tapi kalau ikut reasonable assumption ni mesti kerja Orang Melayu jugak lah. Hasratnya nak provoke reaksi daripada kedua-dua belah pihak Muslim dan Kristian di atas isu yang menyentuh sensitiviti Umat Islam di Malaysia.
Individu-individu bodoh & bangang yang bertanggungjawab di dalam penghasilan banner-banner tersebut haruslah diberi kepujian kerana terlampau bodoh konon nak menipu rakyat Malaysia. Stunt macam ni idea budak Darjah Dua kot.
Usaha nak melagakan-lagakan kedua-dua belah pihak Islam dan Kristian ini boleh dilihat sebagai hasutan dan mempunyai niat jahat.
Tatkala kita sebagai Umat Islam sepatutnya menunjukkan sikap terpelajar dan toleransi, pihak yang tidak bertanggungjawab ni bertindak sebaliknya pula.
Matlamat tidak menghalalkan cara.
Hak-hak kaum lain juga perlu dititkberatkan dan dipelihara agar keamanan negara terus terjamin.
Melayu takkan hilang di dunia.