Bantu Selamatkan Taman Rimba Kiara!

save rimba kiara

Selamatkanlah Taman Rimba Kiara! TTDI Townhall Meeting

Ahad, 7 Mei 2017 | 3.00 ptg
Auditorium, Institut Pengurusan Wanita (WIM)
7, Jalan Abg Haji Openg, Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur

Satu perhimpunan telah diadakan di Auditorium, Institut Pengurusan Wanita (WIM), TTDI bagi membincang dan membantah Pelan Pembangunan di Taman Rimba Kiara. Dalam pelan tersebut, pihak pemaju, Malton Berhad, bercadang membina 8 blok kondominium mewah yang mempunyai di antara 42-54 tingkat dan mempunyai lebih kurang 1800 unit. Projek tersebut telahpun diluluskan oleh DBKL.

save rimba kiara poster

Penduduk di persekitaran kawasan ini, khususnya di TTDI, membantah sekeras-kerasnya projek pembangunan yang melampaui batas ni. Ini kerana, alasan yang diberikan oleh DBKL tak masuk akal. Kononnya nak bantu penduduk-penduduk rumah panjang di Taman Rimba Kiara tersebut. Betul ke nak bantu penduduk rumah panjang ni?

Bayangkan, pihak pemaju menjanjikan satu blok unit kos rendah khas untuk penduduk rumah panjang. Blok tersebut mempunyai 350 buah unit. Tu boleh terima lagi. Kita pon kasihan jugaklah penduduk rumah panjang ni. Setelah 40 tahun di anak tirikan, sekarang baru nak mendapat perumahan tetap. Tapi, understandable la komuniti rumah panjang ni berhak mendapatkan perumahan tetap.

Yang tak masuk akalnya, kenapa pula nak kena tambah lagi lapan blok unit serviced apartments? Ni bukan sekadar kondo mewah, tapi service apartments. Betul ke nak bantu penduduk rumah panjang ni? Cuba jawab dengan ikhlas. 🙂

Tamak macam mana kita sekalipun, patut ada hadnya. Dalam kes macam ni, this is the pinnacle of greed.

Sememangnya penduduk TTDI merasa terkilan dengan perkembangan ini. Pembangunan berskala besar di kawasan ini akan mengakibatkan kesan yang buruk terhadap alam sekitar. Taman rimba kiara ni merupakan “nadi hijau” di kawasan ini. Sebagai green lung, ia menjadi tempat rekreasi (terutama di hujung minggu), tempat berkelah, kawasan riadah, lokasi photo shoot untuk perkahwinan dan tempat nak bersantai dan berisitirehat di kawasan yang segar menghijau.

Dengan sebab itulah penduduk berkumpul pada hari ini di Auditorium, Women’s Institute of Management (WIM). Dari jam 3.00 lagi ramai dah kumpul. Pada perkiraan saya kehadiran mesti hampir 500 orang. Dewan tu punya penuh sampai melimpah ruah. Inilah tenaga yang kita mau.

Saya sendiri pon tak dapat masuk ke dalam dewan. Jadi, kenalah duduk kat luar.

Petisyen Save Taman Rimba 2
Peserta memenuhi dewan auditorium.
Petisyen Save Taman Rimba 3
Ramai terpaksa berdiri di luar dewan.
Petisyen Save Taman Rimba
Kelihatan para hadirin menandatangani petisyen bantahan.

 

Selain dari faktor alam sekitar, pembangunan ini juga turut melibatkan kerja-kerja pengubahsuaian jalanraya.

Jalan yang sedia ada sudah tentu tidak mampu menampung bilangan penduduk yang bakal bertambah secara mendadak nanti. Tanpa disedari, pihak pemaju yang licik ini telahpun merancang beberapa pengubahsuaian drastik. E.g; nak besarkan Jalan Wan Kadir menjadi enam lane, membina flyover di bawah stesen MRT TTDI (dari Jalan Damansara ke Jalan Wan Kadir), memindahkan/menutup longkang monsun sepanjang Jalan Datuk Sulaiman, menambah/mengubahsuai entry points ke TTDI dan pelbagai lagi ubahsuai yang “dirasakan perlu”.

Sudah tentunya kerja-kerja pengubahsuaian ini memakan kos yang tinggi. Di samping kerja-kerja yang memakan masa dan kesulitan yang bakal dihadapi oleh penduduk. Kalaulah benar nak bina perumahan untuk penduduk rumah panjang pon, rasanya tak sampai 1/8 kos yang bakal dibelanjakan dalam pelan ni.

Di bawah ni saya sertakan beberapa gambar-gambar Taman Rimba Kiara supaya kita boleh menghargai kecantikannya yang semulajadi. Mungkin anak cucu saya tak sempat melihat keindahannya. 🙁

 

Taman Rimba Kiara 01
Taman Rimba Kiara 02
Taman Rimba Kiara 03
Taman Rimba Kiara 04
Taman Rimba Kiara 05
Taman Rimba Kiara 06
Taman Rimba Kiara 07
Taman Rimba Kiara 08
Taman Rimba Kiara 09

 

Akhir kata, diharapkan DBKL bertindak sewajarnya. Janganlah “kerana nak untung sepuluh sen, sepuluh ringgit tergadai”.

Seorang penghuni rumah panjang yang saya temui petang tadi berkata dia pun kurang setuju 100% dengan pelan pembangunan ini. Penghuni tersebut, Vengel, 36, berkata komuniti rumah panjang ni amat mengharapkan mendapat perumahan yang baru dan selesa. Tapi, mereka tak bersetuju dengan kemusnahan Taman Rimba Kiara yang bakal berlaku. Bila saya tanya pasal flyover daripada stesen MRT TTDI ke Plaza TTDI, dia kata tak tahu-menahu pun pasal hal itu.

Sri Maraiamman Temple
Pintu masuk ke Sri Maha Mariamman Temple.
Rumah Panjang Rimba Kiara 01
Laluan TTDI-Bukit Kiara dan juga laluan masuk ke kawasan Rumah Panjang.
Rumah Panjang Rimba Kiara 02
Deretan rumah-rumah panjang. Agak padat dan sempit.
Rumah Panjang Rimba Kiara 03
Komuniti Rumah Panjang Taman Rimba Kiara.

 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada TTDI Residents’ Association dan juga para sukarelawan Tamanrimbakiara.net kerana banyak memberi kesedaran kepada permasalahan ini. Kalau takde diorang, kita pun takkan perasan kemusnahan yang bakal/sedang dijalankan ke atas taman kita.

Saya ni bukan anti-development, tapi pembangunan yang tak terkawal ini pasti akan menghantui kita di masa hadapan.

Andai ada di luar sana yang ingin menandatangani petisyen ini secara online, bolehlah melayari www.ipetitions.com/petition/selamatkan-taman-rimba-kiara …jom sign beramai-ramai.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan perkembangan Taman Rimba Kiara, silalah layari www.tamanrimbakiara.net atau juga facebooknya di https://www.facebook.com/Selamatkan-Taman-Rimba-Kiara-1442655389140403/

 

Share this on : Share on FacebookShare on TwitterShare on GooglePlusShare on PinterestShare on Linkedin

One thought on “Bantu Selamatkan Taman Rimba Kiara!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *