Murtad?!!!
Astaghfirullah… mengucap dulu. Bawak bertenang, adik, kakak & abang-abang sekalian. Tarik nafas panjang-panjang. Tarik… lepas. Tarik… lepas. Tarik… tahan… dan lepassss. Lega sikit bukan?
OK, sekarang kita dah bernafas lega, bolehlah kembali kepada topik yang hangat di atas. Topiknya… “Benarkah Siti Kasim Dah Murtad?”
Ni berikutan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) yang menasihatkan Siti Kasim supaya jangan lagi mempersoal dan mempertikai isu berkaitan akidah Islam. Berkata mufti tersebut:
“Perbuatan itu boleh menjurus kepada murtad. Orang yang murtad itu terkeluar daripada Islam dan kalau mati pun tak boleh ditanam di perkuburan Islam…”
(Kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pada 3 April 2017. Boleh klik linknya di sini).
Lepas keluar kenyataan Mufti Perak di atas ni, maka ramailah pulak “Mufti-mufti Internet” dan “Mashaikh Facebook” yang mengeluarkan fatwa masing-masing. Entah apa jenis kitab yang dirujuk. Tapi, apa yang pastinya, kebanyakannya berpendapat bahawa Siti Kasim ni dah murtad.
Persoalannya sekarang ni, benarkah Kak Siti kita ni dah murtad?
Pertama sekali, kita sebagai manusia tak perlulah bersikap terlampau judgemental. Tatkala berbincang pasal Islam, tetiba semua orang gemar menghukum belaka. Dari mana datangnya sikap overzealous ini?. Adakah kita ni bangsa yang suka menghukum? Rasanya tidak. Kita ni kan bangsa yang penyayang. Yang kita ni pun ghairah sangat menuduh orang murtad ni pon kenapa?
Jom muhasabah diri dulu. Barangkali kita ni banyak lagi kekurangan.
Kedua, kita haruslah terima hakikat bahawa tak semua orang akan sependapat dengan kita. Manusia, lazimnya, berbeza-beza antara satu sama lain. Jadinya, mindset pun berbeza-beza jugaklah. Takkanlah kita nak paksa orang lain mengikuti corak pemikiran kita pula? Yang penting kita ada saluran untuk berbincang secara matang, dan tidak over-emotional dalam penghujahan kita (sedikit emotional takpelah). Kan diskusi dan dakwah itu penting?
Lagipun, kenalkah kita dengan Siti Kasim ni? Tak kenal sangat kan? Ataupun, kenal melalui cerita-cerita di Facebook je? Secara peribadi, saya tak berapa kenal sangatlah Kak Siti Kasim ni. Yang saya tahu, dia ni seorang peguam dan juga social activist yang bergerak aktif… oh ya, dan berambut perang dan bermulut laser. 🙂
Lain pada tu, saya tahu melalui media massa, social network dan media cetak (dan juga buah mulut orang). Memang famous orangnya.
Saya pernah jumpa Kak Siti ni sekali dulu (mungkin 4-5 tahun lalu). Tanggapan pertama saya; orangnya peramah dan mesra, attentive, dan very down to earth. Dari gaya percakapannnya, kita boleh tau dia ni rendah diri (takdelah macam singa betina yang sering digambarkan di dalam media sosial).
Barangkali kerana kelantangannya bersuara di dalam beberapa isu sosial, politik dan agama, membuatkan dia kelihatan garang dan pemarah sekali. Atau, mungkin disebabkan dia ni lawyer?
Saya pun tak dapat nak pastikan 100% fikrah Siti Kasim ni. Tapi, dari apa yang saya lihat, beliau ni seorang muslim liberal. Memang Islamnya bukanlah versi yang sama dengan si Mufti Perak tu, namun dia masih seorang muslim yang, dengan sukarelanya, memperjuangkan hak asasi manusia (untuk semua – tanpa mengira agama dan bangsa) dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan duniawi.
Bukankah itu lebih islamik?
islam liberal bukanlah islam yg lebih baik…
Islam Penindas lagilah bukan Islam yang kita mahu!
Islam yg selalu melanggar aqidah dan hukum2 yg dah ditetapkan oleh Allah dan Alquran, adakah itu islamik?
Ajaran Islam yang tulen itulah yang terbaik. Islam ni agama yg syumul. Menyeluruh bukan separuh-separuh. Bukan penindas, bukan liberal, bukan ekstremis. Kalau dah mempersoalkan aqidah adakah lebih baik? Sepatutnya fikrah Islam akan melahirkan peribadi yang Soleh juga. Itulah terbaik.
Baguslah Cik Fatimah nak praktiskan ajaran Islam yang tulen. Tapi apa definisi Islam tulen itu? Sebabnya, geng Daesh tu pon merasakan merekalah yang mengamalkan ajaran Islam tulen. Sampai berbunuh-bunuhan. Mereka juga berdalilkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka tidak mengamalkan Islam separuh-separuh seperti yang Cik Fatimah sebutkan. Bagi mereka, hidup-mati mereka hanyalah Islam. Kalau nak compare mereka dengan Cik Fatimah, saya rasa dedikasi mereka lagi melampau. Mereka juga takkan persoalkan perihal Aqidah.
Adakah Islam sebegitukah yang tulen? Sudah tentu Cik Fatimah pon tak setuju.
Di dalam mata mereka, Cik Fatimah ni mungkin seorang liberal /fasiq/ kafir / “mainstream” Muslim yang tidak berjihad di jalan Allah. Di dalam mata Cik Fatimah pula mereka ni golongan pelampau agama/khawarij/pengganas yang merosakkan nama agama dan melakukan kerosakan di muka bumi dan membunuh orang awam.
Islam “tulen” ni sebenarnya tertakluk pada interpretasi masing-masing. Setakat ni, tiada mana-mana pihak mahu mengaku salah.
Bagi saya, selagi seseorang itu mempraktis Islam yang tak melanggar Undang-undang (dan hak manusia lain) serta tak mendatangkan kecelakaan kepada harta dan nyawa, dan dipraktis dengan aman (tanpa apa-apa paksaan), maka itulah Islam tulen.
penulis nih gila agaknya..Islam itu tak sama dgn apa yg Si Rambut Blond tuh buat.
Lebih baik berdebat dengan 10 orang berilmu dari berdebat dengan 1 orang yang dungu agama tapi konon2 nak tunjuk Islamic. Contohnya macam penulis karangan bodoh ini.
Elok la kau pun sama2 pergi sembah tenaga yg Kakak Blonde kau tu cakap Tuhan tercipta dari getaran.. hati kalau dah keras mcm batu memang bebal la jadinya.
Assalam, saya sangat tidak setuju dengan pandangan saudara kerana pandangan saudara bercanggah dgn ajaran islam sebenar. Saya bukanlah seorang berilmu atau kuat imannya, malah saya jahil tpi sya pernah cuba utk jdi muslim yg terbaik dahulu kala. Sejahil2 mana pun, janganlah sampai menggalakkan kejahilan dan kejahatan dilakukan kepada orang lain. Islam yang sebenar adalah yg mengikut sunnah dan al-Quran. Ramai yang bukan islam tpi buat kebaikan, namun tetap masuk api neraka sebab mereka menolak Allah. Tutup aurat itu satu kewajipan, kalau tidak ikut peraturan yang semudah ini pun, bagaimana boleh dijadikan pedoman? Tiada istilah islam liberal atau sebaliknya, malah itu dinamakan jahil dan munafik. Sya mungkin munafik dan jahil juga tapi apa yang siti kassim lakukan adalah melampaui batasan dan seperti abu jahal yg cuba utk memusnahkan islam sewaktu zaman nabi.