BERSIH kembali lagi dengan siri protes jalanannya yang ke-5 atau BERSIH 5.
Bakal diadakan pada 19 November 2016, BERSIH 5 diharapkan dapat menarik lebih ramai orang untuk menyertai perhimpunan aman ini. Jadi yang berkelapangan tu jomlah ramai-ramai kita join.
BERSIH atau Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (The Coalition for Clean and Fair Elections) adalah gabungan NGO-NGO tanahair yang menginginkan lima perkara iaitu;
- Proses pilihanraya yang bebas dan tulus
- Kerajaan yang bersih dan adil
- Mengukuhkan demokrasi parlimen
- Hak untuk menyuarakan pendapat
- Memperkasakan Sabah & Sarawak
Semenjak BERSIH 4, saya mengharapkan dapatlah join perhimpunan BERSIH ni bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang proaktif dan peka dengan keadaan yang melanda negara kita.
Saya tidaklah mengatakan keadaan sekarang ni teruk sangat tetapi ianya masih boleh diperbaiki. Harap kali ni lebih ramai orang dapat turun padang dan bersama menjayakan BERSIH 5.
By now, rakyat Malaysia patutnya dah maju kehadapan dari segi ekonomi dan kematangan fikiran. Tapi, kepincangan di dalam kepimpinan (tak kiralah parti politik mana pun) membantutkan kemajuan dan pertumbuhan negara.
See you all there.