Salam sejahtera.
Oktober merupakan Bulan Kesedaran Barah Payudara atau Breast Cancer Awareness Month.
Kanser payudara ini boleh dirawat seandainya masih berada di peringkat awal. Jadi, di sini, ingin saya mengingatkan kepada para wanita untuk sentiasa mengadakan Breast Self Examination seberapa kerap yang mungkin.
Terdapat pelbagai tutorial di Internet yang memberikan tunjuk ajar tentang cara-cara menjalankan pemeriksaan payudara sendiri.
Kanser payudara merupakan pembunuh No 1 wanita di seluruh dunia. Mari bersama-sama kita memeranginya.