Bulan Puasa di Era Covid 19

Ramadan Mubarak!

Setelah lebih kurang setahun tak blogging, kini saya kembali ke alam maya untuk menyampaikan amanat di bulan yang mulia ini.

Takdelah amanat sangat pun. Biasanya saya ni suka menulis dan blogging ni agak therapeutic bagi diri saya. Cumanya, kengkadang cetusan idea ataupun pendapat saya ni mungkin dianggap kontroversial atau tak boleh digunpakai. Tetapi, bagi saya, pemikiran dan mentaliti inilah harta paling bernilai bagi diri saya.

Saya kembali merasa terpanggil untuk menulis posting ni pun disebabkan peristiwa semasa. Maklumlah, dah stay at home, tak banyak pulak aktiviti kat rumah.

Tapi, alhamdulillah lah, di samping kita dilanda pandemik Covid 19 ni, banyak juga kita mempelajari pasal kepentingan menjaga kebersihan; iaitu kerap mencuci tangan, menyahkuman (sanitize bukan satanize) permukaan contact point, mengamal social distancing dengan memastikan jarak yang selamat di antara satu sama lain terutama di tempat awam. Menutup mulut ketika batuk dan bersin. Dan, tidak menenyeh hidung atau mata sewenang-wenangnya. 🙂

Paling penting sekali, kita dapat menurut arahan yang dikeluarkan KKM iaitu untuk tidak keluar rumah kecuali ada urusan penting.

Di dalam bulan Ramadan yang mulia ni pula, kita sudah tak lagi mengunjungi bazar-bazar Ramadan. Makanya, permbaziran wang dan makanan tidak juga berlaku lagi. Kalau time dulu-dulu kita bukan main lagi beli itu dan ini (ayam percik, ikan bakar, tepung pelita, nasi beryani gam, dll), tahun ni pula kita dapat berjimat-cermat.

Akhir kata, selamat menyambut Ramadan yang mulia ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.