Dilarang Merokok: Kes #1

 

Ni saya punya first kes di dalam siri post “Dilarang Merokok”. Apa yang ingin saya highlightkan di sini adalah berkenaan sikap orang tak bertanggungjawab yang menghisap rokok merata-rata tempat. Terutamanya di Zon Larangan Merokok.

Tabiat merokok ni buruk dan membahayakan kesihatan (diri perokok itu sendiri dan orang sekelilingnya).

So, kes pertama ni saya amik gambar di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletaknya di Bandar Tasek Selatan. Lebih tepat lagi, jejantas yang menghubungkan TBS dengan stesen-stesen keretapi KTM, ERL dan Star LRT dan juga RapidBus.

Kat sini memang sudah terpapar papan tanda “Dilarang Merokok” (No Smoking Sign) namun tak diendahkan perokok tak bertanggungjawab ini.

Gambar-gambar di bawah ini diambil ketika saya sedang melintas jejantas tersebut.

Dari pengamatan saya, dari pangkal sampai hujung jejantas ni dijadikan tempat hisap rokok. Kebetulan juga sepanjang jejantas ni turut dipamerkan papan tanda Dilarang Merokok.

case_01_005
“Anda kini berada di zon larangan merokok”.

 

case_01_006
Denda RM10,000 atau penjara?

 

case_01_007
Kalau tak nampak jugak tak taulah…

Agaknya dah jadi mentaliti rakyat Malaysia, kalau dah kata tak boleh merokok… kat situ jugaklah dia nak merokok. Reverse psychology agaknya.

Apapun, diharapkan pihak pengurusan TBS atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung permasalahan ini sebelum ianya menjadi lebih serius.

Barangkali Pihak TBS boleh mengadakan Zon Merokok khas untuk perokok-perokok tegar ni nak melepaskan gian mereka.

 

 


Share this on : Share on FacebookShare on TwitterShare on GooglePlusShare on PinterestShare on Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *