Dilarang Merokok: Kes #2: IKEA Damansara

Kes kedua dalam Kempen Anti Merokok saya berlakunya di Ikea, Mutiara Damansara, PJ. Lebih tepat lagi, kat belah pintu keluar yang ada lintasan pejalan kaki untuk ke The Curve.

Kat sini memang dah terpampang sign Kawasan Larangan Merokok tapi kebanyakan perokok-perokok tegar ni memang buat tak tau aje. Lagi kata tak boleh, lagi la dia nak buat. Degil betul. Barangkali dah merokok banyak sangat sehinggakan sel otak dah tak berhubung lagi.

Nak cakap macam mana lagi? Diorang ni dah lah tak pedulikan kesihatan mereka sendiri, nak membahayakan kesihatan orang lain pulak. Memang selfish, bodoh dan dungu puak-puak ni. Harap terasa lah.

IKEA no smoking 001
Perokok di kawasan exit IKEA; zon larangan merokok.

 

IKEA no smoking sign
Ini adalah “Kawasan dilarang merokok”. 

 

Kepada para perokok di luar sana, just FYI, kalau dah kat khayalak awam tu memang tak boleh merokoklah. Kalau nak merokok juga silalah ke designated smoking area yang disediakan. Kalau tiada kawasan yang dikhususkan untuk merokok, adalah lebih baik “berpuasa” untuk seketika. Amboi… time bulan puasa boleh pulak tahan sampai sekerat hari. Ni kalau sejam tak hisap rokok meragam pulak.

Saya dapati sepanjang service lane untuk pick-up penumpang dan barang ni dijadikan sebagai kawasan merokok oleh perokok-perokok tak bertanggungjawab ini. Keadaan ini sudah tentunya amat memalukan.

IKEA no smoking 004
Tanpa segan silu.
IKEA no smoking 003
Kat tempat pick up/drop off penumpang.

 

Saya rasa pihak IKEA pon kurang prihatin dalam hal ini jadi saya amat mengharapkan KKM dan juga pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas kepada pesalah-pesalah yang terlibat. Dalam sign tu tulis denda dia RM 10,000. Kalau dapat tangkap lima ekor dah boleh untung RM 50,000 dah. Kurang-kurangnya dapatlah kerajaan meringankan sikit beban-beban hutang negara. Ataupun, duit denda tu kumpul untuk para pesakit yang tak mampu membayar yuran hospital dan ubat-ubatan. 

Atau, boleh buat bayar hutang PTPTN. 🙂

Haa.. amacam? Bagus tak idea ni?

Kepada perokok tegar di luar sana, lebih baik korang cari jalan nak hentikan tabiat buruk korang. Hanya anda saja boleh merubahnya. Pilihan di tangan anda.

 

 

 

Share this on : Share on FacebookShare on TwitterShare on GooglePlusShare on PinterestShare on Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *