Good news! Kumpulan hardcore straightedge terkemuka tahun 90-an, Earth Crisis, bakal mengadakan konsert di tiga lokasi di Asia Tenggara iaitu Bangkok, Jakarta dan Singapura pada bulan May 2017.
Butir-butirannya adalah seperti berikut:
![]() Tickets: Click here |
![]() 1 Commonwealth Lane |
![]() Venue: Ancol Ecopark, Pademangan, Kota Jkt Utara, Tickets: www.hammersonic.com/ticket/ |
Peminat hardcore straightedge macam saya ni pasti teruja dan, bagi kami, inilah saat-saat yang dinanti-nantikan setelah 20 tahun lamanya. Ruginya diorang ni tak datang ke Malaysia. Tapi takpe, sebagai diehard fan, kita cuba ikuti konsert diorang jugak (tak kiralah di mana jua).
Memandangkan nilah kali pertamanya diorang sampai ke Asia Tenggara, saya rasa tak eloklah lepaskan peluang keemasan ini untuk melihat mereka perform secara live.
Tapi, nak pi ke Jakarta atau Bangkok? Atau mungkin Singapura? Pening kepala dok memikirnya. Apapun, nak kena cari tiket flight dulu.
Saya mula berjinak-jinak dengan muzik hardcore ni sejak tingkatan empat lagi (setelah di intro kan oleh rakan sebaya saya, Shahrul Ismail. Masa tu kami still lagi dok layan punk.
Masa tu nama-nama yang menerajui industri hardcore straightedge pada masa tu adalah Warzone, Agnostic Front, Earth Crisis, Strife dan Snapcase. Pengaruh straightedge ni begitu hebat sehinggakan berjaya melahirkan band-band hardcore tempatan yang memperlihatkan gaya hidup straightedge yang positif.
Pembawaan genre muzik hardcore ini memberikan nafas baru di dalam local underground scene yang pada ketika itu dipenuhi dengan pengaruh metal dan juga punk (mungkin juga ada sedikit saki-baki grunge).
Hakikatnya, muzik straightedge ni sebenarnya adalah crossover di antara metal dan punk. Gabungan kedua-dua muzik ini, disertakan sekali dengan mesej sosio-politiknya, menjadikan hardcore straightedge scene ini berkembang dengan begitu pesatnya di serata dunia.
Earth Crisis ni banyak mempengaruhi banyak band-band hardcore di serata dunia dan menjadi forefront kepada gaya hidup straightedge dan vegan straightedge.
#hardcoreinmyblood