Earth Crisis Menyerlah di Adrenaline 2017, Bangkok


Earth Crisis: Live in Bangkok
Friday, 5 May 2017 | 6.00 – 11.00 pm
Hollywood Awards Ratchada Soi 4
Bangkok, Thailand

Setelah sekian lamanya tak pergi gig hardcore. Kali ni saya sempat menyaksikan sendiri Earth Crisis perform secara live di Bangkok. Memang perasaan dia lain macamlah. Akhirnya, saya dapat lihat dengan mata kepala sendiri band favourite saya ni beraksi. Feeling dia sememangnya out of this world!

Bagi yang tak ikut sangat perkembangan hardcore music ini, Earth Crisis merupakan antara band-band peneraju muzik genre ini di tahun 90an. Mereka banyak membentuk dan mempengaruhi band-band hardcore lain dan dianggap sebagai the holy grail of hardcore.

Sebagai sebuah group hardcore, Earth Crisis turut menganjurkan gaya hidup straight edge yang memperlihatkan pengikut-pengikutnya menjauhkan diri daripada rokok, arak, dadah dan juga budaya seks bebas. Inilah antara ciri-ciri seorang peminat hardcore straight edge. Walaupun muziknya agak keras, tapi mesejnya adalah berkenaan nilai-nilai murni dan menjauhi perkara-perkara yang dilihat kurang produktif. 🙂

Karl Buechner
Vokalis kumpulan Earth Crisis, Karl Buechner

Performance mereka memang tersangat-sangat bertenaga pada malam tu. Saya nak keep up pun memang meletihkan.

Earth Crisis
Drummer Dennis Merrick dan pemain gitar, Scott Crouse. 

Saya tak banyak ambik gambar sebab dok sibuk headbanging dan mempertahankan diri daripada berdozen-dozen orang yang stage dive ala terjun tiruk kat Sungai Congkak.

Bawah ni ajelah gambar kenangan saya. Sempat jugak mendapat mic ketika persembahan lagu Firestorm.

Shahril Azmir dan Karl Buehner 01
Dapat baris depan sekali.
Shahril Azmir dan Karl Buehner 02
Sempat jugak dapat mic.

Crowd dia memang happening habis tapi adakalanya bertukar jadi ganas jugak. Dalam keadaan yang gelap dan caca merba tu, ada la pulak malaun mana ter-backhand muka saya. Hasilnya, saya punya rahang rasa sakit yang amat sangat. Nasib baik takde gigi yang patah.  Kalau saya dapat malaun tu memang kompem kena terajang punya.

Tapi itulah collateral damage akibat pergi ke gigs-gigs ganas macam tu. Tambah pulak usia yang kian meningkat. Hahaha… memang jadi mangsa lah.

Overall, memang lah pengalaman yang berharga dalam hidup saya. Kalau ada lagi gigs-gigs semacam ni, memang kompem saya pergi. Now, just nak mencari kaki-kaki yang minat nak pergi. 🙂

Kat bawah ni klip pendek daripada konsert tersebut. Siapa yang ambik video tu, banyak-banyak terima kasih, sawadee kap. Terima kasih juga kerana mengupload. Dekat hujung-hujung tu ada kelihatan saya mendapat mic. 

 

 

One thought on “Earth Crisis Menyerlah di Adrenaline 2017, Bangkok

Leave a Reply

Your email address will not be published.