Satu lagi video yang mula viral sekarang ni.
Seorang wanita bertudung dilihat sedang menyanyikan “Ave Maria” di majlis upacara pengebumian rakan kristiannya di sebuah gereja di Bogor, Indonesia. Rakaman video tersebut menjadi viral setelah diposkan di Facebook oleh seorang pengunjung yang bernama Budi Soehardi.
Dikatakan wanita tersebut merupakan sahabat baik mendiang Chantarina Suyanti, yang baru meninggal dunia, dan nyanyian itu sebagai memberi penghormatan terakhir kepadanya. Nyanyian merdu wanita itu amat menyentuh hati para hadirin Gereja Katedral Bogor dan juga para netizen kerana ia dilihat sebagai simbol persahabatan yang utuh, yang tidak mengenal perbezaan agama.Â
Saksikan videonya di bawah ini.
Apa yang dapat saya katakan adalah jalinan persahabatan sebegini sememangnya teramat rare. Ada juga saya terbaca komen-komen di Facebook yang menyatakan andainya kejadian ini berlaku di Malaysia, pasti ada yang kena tangkap dengan jabatan agama. đŸ™‚
Apapun, diharapkan kita dapat mencontohi perbuatan wanita ini yang meletakkan nilai persahabatannya melebihi perbezaan agamanya. Apa yang pastinya, toleransi agama lebih ketara di negara jiran kita ni.
Bagi Mendiang Chantarina Suyanti, Rest in Peace.