Gara-gara Hina Nabi, Wanita Dijel & Denda

Ni pon satu lagi kes yang saya anggap agak extreme.

Seorang surirumah di Ipoh menerima hukuman jel selama enam bulan dan denda RM 15,000 gara-gara mengeluarkan kata-kata yang menghina Nabi Muhammad. Tertuduh, Tham Yut Mooi, 46, dikatakan melakukan kesalahan tersebut di sebuah masjid kat Ulu Kinta di hadapan tiga orang saksi.

Apa yang dia kata pasal Nabi Muhammad? Saya pun tak tahu. Takde pulak diceritakan dalam suratkhabar.

Tapi apa yang saya ingin highlightkan di sini adalah persoalan yang ketara sekali – tidakkah hukuman ni melampau? Maksud saya, entah-entah dia terlepas cakap kot dan tak berniat nak menyinggung mana-mana pihak. Kalaupun dia sengaja, adakah perbuatan menyinggung perasaan seseorang/sekumpulan orang salah dari segi undang-undang? Kalau benar begitu, ada ramai lagi orang yang menyinggung perasaan kita on a daily basis, kenapa pulak diorang ni tak dimasukkan dalam jel juga?

Hanya kerana perasaan kita tersinggung sikit, kita nak campak orang masuk jel? Hai… besar jugak ego kita ni ya. Live and let live lah.

 

Tham Yut Mooi dijel 6 bulan dan denda RM 15,000.

 

Saya faham, ramai di luar sana yang overzealous nak mempertahankan nama dan maruah Nabi. Akan tetapi, ini bukanlah caranya. Ni sebenarnya menimbulkan kebencian kepada Islam dan membuatkan umat Islam ni kelihatan kolot dan insecure. Dan, tidak, ni bukan balasan Tuhan… tidak sama sekali! Ni balasan yang manusia sendiri tetapkan. Adapun Tuhan tak suruh pun kita menyemai kebencian dalam hati non-Muslims terhadap agamaNya.

Dan kebanyakan komen-komen yang saya baca pasal kes ni, samada melalui FB atau Youtube, begitu negatif dan kejam, sehingga saya pon kehairanan kenapa yang mengeluarkan komen-komen berbaur ugutan ni tak pula dikenakan sebarang tindakan?

Ada seorang pengomen tu sampai ugut nak pecahkan kepala tertuduh andainya “dia dapat bersemuka dengannya (tertuduh)”. Ada yang ugut nak lempang lah dan pelbagai lagi ugutan yang berniat mendatangkan kecederaan fizikal kepada mangsa tertuduh.

Sudah tentunya, ugut-mengugut ni adalah perbuatan jenayah (dan bukan datangnya daripada Islam). Harap bolehlah dikenakan tindakan undang-undang terhadap kaki-kaki ugut ni.

 

On the other side of the coin.

Ada pula yang turut mempertikaikan hukuman melampau yang dikenakan ke atas wanita berkenaan dengan menisbahkan ia kepada sikap dictatorship sesetengah pihak.

Komen-komen di bawah ini saya petik daripada sebuah portal tempatan.

“Hak Istimewa Ketuanan Melayu-Islam Dulu, Kini dan Selamanya”. – Anonymous

“Apa yang dihina, kita mahu tahu pulak. Bolehlah dijadikan pengajaran umum. Yang pelik, Paksa menurunkan salib di shah alam dan ancaman bakar bible oleh Datuk Ibrahim Ali takda pun hukum”. – Anonymous

“Seorang wanita dipenjara 6 bulan dan didenda RM15000 kerana menghina seseorang individu lelaki yang telah lama mati pada 1400 tahun dahulu. Pelik cerita ni”. – Anonymous

———-

Dalam kes sebegini, harap masyarakat (dan mahkamah) bolehlah berfikir secara matang dan tidak mudah melatah. Nabi, semasa hayatnya pun, dihina dan dikeji, malah juga dikasari, namun dia tetap bersabar. Mungkin sudah tiba masanya kita ikuti sunnah Nabi ini.

Keep calm and follow the sunnah.

 

 

 

Share this on : Share on FacebookShare on TwitterShare on GooglePlusShare on PinterestShare on Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *