22 Mac 2017: Sempena Hari Kelahiran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang ke-88, pada hari ni, Google memperingati tarikh bersejarah ini ke dalam Google Doodle nya (Doodle tu kat laman muka utamanya di www.google.com), hari ni sahaja. Untuk pengetahuan umum, Allahyarham dilahirkan pada 22 Mac, 1929.
Bila teringat kembali jasa dan pengorbanan beliau, kita tak dapat lari dari terasa pilu. Mana taknya, kebanyakan rakyat Malaysia gemar menonton filem-filem P. Ramlee di kaca TV. Memang klasik dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Generasi saya membesar dengan filem-filem P. Ramlee seperti Labu labi, Bujang Lapok, Do Re Mi, Ibu Mertuaku dan bermacam-macam lagi.
P. Ramlee meninggal dunia, pada tahun 1973, akibat serangan sakit jantung. Dunia seni tanahair kehilangan seorang seniman yang berbakat tinggi, yang tiada tandingannya.