Hai… Pretzel Dog Pun Haram?

Aunty Anne’s: Halal atau tidak?

Aunty-Anne
Kedai Aunty Anne’s di KL
Pretzel Dog… tak halal?

Apalah nak jadi dengan JAKIM ni sehinggakan Pretzel Dog yang dijual kat Auntie Anne’s tu tak dianggap halal? Or, lebih tepat lagi, dek kerana nama dia ada perkataan “dog” maka JAKIM tak memberikan Aunty Anne’s pengiktirafan halal.

Dengan mudah sekali mereka ni “mengharamkan” benda yang halal. Diorang ni bukannya tersilap ijtihad tetapi hanya jaahil tak kena tempat.

Ya, jaahil maksudnya jahil. Dan, jahil bermaksud kurang cerdik. Dan. kurang cerdik tu maksudnya bodoh.

Dalam pengamatan saya, kalau kita panggil seseorang tu bodoh, memang confirm dia melenting. Tapi kalau kita panggil dia jahil, dia takdelah marah sangat.

So here goes

JAKIM, hangpa ni memang jahil!

Pasni, mungkin juga hamburger pon tak halal, sebab mula dengan ham. Ataupun koktel sosej, sebab ada cocktail (?). Barangkali juga Barbican pon tak halal (ada Bar… hehehe).

Corak pemikiran kalut macam nilah yang kita cemuhi. Bukan sahaja membuang masa bahkan membuatkan kita kelihatan kurang cerdik.

Ya, kurang cerdik maksudnya jaahil.

Hazaa post halalan tayyiban.

 

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.