Hantu Tak Wujud?

Antara perkara yang paling ditakuti manusia ialah hantu. Tak kiralah hantu pocong ke, hantu kum-kum, jerangkung, pontianak, langsuir dsbnya, kita sentiasa dihidangkan dengan cerita-cerita hantu yang pastinya meremangkan bulu roma.

But, what if I tell you bahawa hantu ni sebenarnya tak wujud?

Tak wujud? Biar betul?!!

Habis tu, kita takut kat apa sebenarnya? Haaa… kemungkinan besar kita hanya takut pada manifestasi “hantu” tu sahaja.

Yelah, kita selalu dok bayangkan hantu ni makhluk yang menggerunkan – bergigi taring, mata merah, rambut panjang, muka pucat lesi, kuku tajam, berbaju kelawar dan berseluar yankee, lapar darah dan pelbagai lagi ciri-ciri horror yang terlintas di fikiran kecil.

Akan tetapi, tiada sesiapa pon yang pernah jumpa hantu. Yang ngaku pernah jumpa pon… cerita mereka ni selalunya samar-samar aje.

Bila kita teliti balik sejak dari kewujudan manusia lebih-kurang 40,000 tahun dahulu sehinggalah ke hari ni takde pulak bukti fizikal pasal hantu yang dapat dikemukakan.

Yang anehnya, dalam setiap masyarakat manusia pasti ada kisah hantu. Dan, manusia, bila sembang pasal hantu ni bukan main kencang lagi. Tapi bila mintak bukti… habuk pon tarak. Besar kemungkinan ketakutan kepada hantu ni hanyalah fear of the unknown. Maksudnya, kita takut pada perkara yang kita tak faham. أنا لا أفهم.

Hantu ahli mesyuarat tingkap?

Lagipon cerita-cerita hantu ni selalu menggambarkan hantu ni sebagai makhluk yang suka menyakat dan menakutkan kita. Saya pasti ramai daripada kita yang suka menonton filem hantu/seram samada di pawagam atau di kaca TV (ataupon di Netflix). Kalau ada orang yang tak suka tengok cerita hantu pon, diorang pernah dengar kisah hantu yang disampaikan oleh rakan atau kenalan. Cerita-cerita sebegini bertujuan untuk menakutkan kita saja.

Dalam kepercayaan masyarakat Melayu pula, hantu ni dikatakan sebagai jelmaan jin dan syaitan. Kononnnya sebagai jelmaan hantu ni dapatlah syaitan melemahkan iman kita.

Tapi kalau kita fikir secara logik, kalaulah seseorang tu ternampak hantu rasanya iman dia tak terkurang sedikit pon. Makin bertambah ada lah! Sebagai contoh, kata laa Si Fulan tu semayang pon tidak, puasa pon tak mau, zikir dan wirid tak reti… pada satu malam yang gelap gelita sedang dia berjalan-jalan kat taman tetiba dia terserempak dengan langsuir, first thing yang dia akan lakukan (sebelum melarikan diri) adalah melaungkan azan. Betul tak? Paling kurang pon dia akan mengucap. Itukan tanda iman dia lagi bertambah kan?

So, takkanlah jin dan syaitan ni dungu sangat nak sakat kita supaya iman kita jadi lemah… tapi sebaliknya pulak berlaku. Oleh yang demikian, hantu ni tak mungkinlah jelmaan jin dan syaitan.

Lagipon bukti kewujudan fizikal jin dan syaitan ni pon lemah. Adakah mereka ni benar-benar makhluk fizikal ataupun sekadar metafora? Persoalan ni saya simpan untuk topik lain pula.

Absence of proof is proof of absence.

Jadi, apanya hantu ni? So far, takde siapa tau sebab seekor pon tak dapat ditangkap lagi untuk dijadikan bahan kajian. Dan sehingga bukti fizikal dapat dikumpul pasal kewujudan hantu ni… saya yakin ianya tidak wujud.

Samalah juga keyakinan saya bahawa Puteri Bunian juga tidak wujud. Macam mana saya tau dia tak wujud? Sebab takde bukti!

Samalah juga keyakinan saya bahawa Naga juga tidak wujud. Macam mana saya tau dia tak wujud? Sebab takde bukti!

Samalah juga keyakinan saya bahawa Pari-pari juga tidak wujud. Macam mana saya tau dia tak wujud? Sebab takde bukti!

Saya akhiri posting ini dengan pujangga di bawah ini:

Pujangga Hantu

Hantu tak bunuh orang, hantu tak rogol orang,
hantu tak tikam kawan dari belakang, dan
hantu tak simbah asid ke muka.
Hantu tak merompak, meragut dan mencuri.
Hantu tak terlibat rasuah dan mengambil wang rakyat.
Hantu tak menggadai nyawa berlumba di jalanraya,
hantu tak merempit, mengumpat dan membeli yacht.
Hantu tak membawang, mencetak rompak dan culik orang.
Dan akhir sekali… hantu tak wujud.

P/s: Kepada sesiapa yang mendakwa ada bukti kewujudan hantu ni, bolehlah email kepada saya. Sekian, terima kasih.

#hantutakwujud

4 thoughts on “Hantu Tak Wujud?

Leave a Reply

Your email address will not be published.