
Salam Tahun Baru.
Pastinya tahun baru 2021 ini bakal membawa sinar harapan buat kita setelah hampir setahun kita terkesan dengan pandemik Covid 19 yang melanda dunia.
Dalam jangkamasa hampir setahun ni jugalah kita terpaksa mengamalkan norma baharu di dalam kehidupan seharian kita. Kalau dahulunya pemakaian facemask ni time jerebu aje, tetapi kini kita terpaksa memakainya tiap-tiap hari, tanpa fail.
Dalam mengharungi pandemik ni pun, ada pulak golongan-golongan conspiracy theorists atau lebih dikenali sebagai geng anti-vaxxers yang menyifatkan virus ini sebagai satu agenda oleh “pihak-pihak berkenaan” bertujuan menakutkan orang-orang awam.
Pada dasarnya, laungan yang dibuat oleh golongan anti-vaxxers ni adalah argumentum ad ignorantiam atau penghujahan dari kejahilan semata-mata.

Pokoknya, kalau tiada bukti, please keep your opinions to yourselves. 😉 Bukannya pi sebar berita palsu. Conspiracy theory ni bermaksud anda kekurangan data/tiada bukti. Tak kiralah berapa ramai yang percaya cerita dongeng korang. Tapi, bagi kita, facts and figures ni memainkan peranan penting. Kita perlukan bukti.
Kebetulan juga, kes Covid 19 mula meningkat di negeri Sabah dek kerana Pilihanraya Negeri (PRN) yang terpaksa diadakan berikutan kemaraan kerajaan pintu belakang dan pembubaran DUN Sabah dalam bulan Julai, 2020.
Hasilnya, kes Covid terus melonjak naik akibat dari PRN Sabah pada bulan September onwards. Semuanya gara-gara ahli politik yang tamakkan kuasa dan wang ringgit semata-mata. Sehingga ke hari ini, angka tu tak turun-turun.

Tak dinafikan, sememangnya ada pihak yang akan mengambil kesempatan dalam situasi pandemik ini bagi tujuan mencapai agenda tersembunyi mereka.
Secara ringkasnya, kita bukan saja berhadapan dengan Coronavirus tetapi juga golongan anti-vaxxers dan ahli-ahli politik.
So, what else is new?
Apapun, selamat menyambut Tahun Baru 2021!
#RakyatJagaRakyat