Hari Yang Sedih… Stan Lee meninggal dunia.

 

Hari ni adalah hari yang sedih berikutan pemergian karyawan terkemuka Stan Lee. Bagi peminat Stan Lee, beliaulah yang merevolusi dan mewarnai industri komik, khususnya Marvel Comics dengan watak-watak superhero yang diminati ramai, di seluruh pelusuk dunia.

Bagi yang tidak tahu, mendiang Stan Lee ni lah yang mencipta watak-watak Marvel seperti Spiderman, Incredible Hulk, Thor, X-Men dan pelbagai lagi karektor ternama yang ada pada hari ini. Kebanyakan dari kita memang membesar dengan watak-watak ilham ciptaan Stan Lee. Samada melalui komik atau juga rancangan kartun di TV, karya Stan Lee ni memang menarik minat pelbagai lapisan umur… tak kira samada yang tua ataupon muda. He has truly touched us in many ways.

Baru semalam aje saya google nama dia. Tujuan asalnya nak tengok beza umur dia dengan umur Tun M. Rupa-rupanya dia tua dua tahun daripada Tun M. Usia dia waktu dia meninggal ialah 95 tahun.

Tak dapat dinafikan, dunia kehilangan seorang lagenda yang tak dapat diganti. Semoga beliau mendapat ketenangan di akhirat sana.

Rest In Peace, Stan Lee.

 

#excelsior
#stanlee

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.