Ice cream at Swensen’s, IOI City Mall, Putrajaya

 

Kali terakhir saya pekena aiskrim Swensen’s ni lebih 25 tahun dulu. Masa tu saya zaman sekolah lagi. Sekali-sekala lepas sekolah kitorang akan singgah sat kat Swensen’s Seksyen 14, PJ (sama row dengan McDonald’s). Diorang jugak ada branch kat Damansara Jaya (dekat dengan Atria Shopping Gallery, dulunya dikenali sebagai Atria Shopping Centre). Situ pun kitorang lepak jugak sebab dekat dengan kedai komik, The Mind Shop.

Dulu kala, Swensen’s ni tempat yang cool lah kalau nak makan aiskrim. Terutamanya dengan kengkawan tatkala hari yang panas. Fuh… memang best.

Kita akan pilih samada nak aiskrim scoop ataupun sundae (mungkin juga banana split) sekiranya nak berkongsi di antara 2-3 orang. Pilihan aiskrim dia juga banyak dan menepati citarasa ramai. Walaupun ice cream nya agak premium (pada zaman tu) tapi harganya masih lagi munasabah.

Itu kenangan 25 tahun yang lalu. Satu kenangan yang nostalgik sungguh.

Semenjak dari zaman itu sehinggalah ke hari ini, banyak lagi kedai-kedai aiskrim yang mula bertapak di tanahair kita. Antaranya, Baskin Robbins, Haagen-Dasz, The Cream & Fudge Factory dan butik Magnum. Semuanya menawarkan premium ice cream tapi tiada yang setara atau setanding dengan Swensen’s dari segi ambience dan kelas.

Now, fast forward 25 years later… tengah saya bersiar-siar di IOI City Mall (sambil mengimbau kembali kenangan yang nostalgik sungguh… hehehe), terserempak pulak dengan sebuah outlet Swensen’s berhampiran District 21 dan tempat luncur ais (skating rink). Saya pun dengan jakunnya singgahlah pi tengok.

So, nilah satu-satunya outlet Swensen’s yang saya jumpa setelah hampir 30 tahun lamanya!

Namanya pun sudah di update sikit menjadi Swensen’s Cafe & Restaurant dan hidangannya bukan terhad kepada aiskrim sahaja bahkan juga ada menu western yang tampak menarik dan menyelerakan. Malangnya, sebelum tu saya dan teman sudahpun makan lunch di restoran berhampiran dan perut masih lagi full. So tak dapatlah nak try hidangan yang ditawarkan. Takpelah, mungkin lain kali.

Tapi saya sempat membeli satu scoop aiskrim berperisa “Cookies & Cream” dengan harga RM 9.90.

 

One scoop of Cookies & Cream.

 

Ice cream samplers: Small & sweet!

 

Pada pengamatan saya, lokasi Swensen’s ni agak tersorok sikit. Terletak pon kat hujung dunia, bersebelahan dengan restoran Sepiring. Mungkin marketing team dia kena kerja keras sikit nak pastikan brand ini mendapat tempat di hati penggemar aiskrim, terutamanya di kalangan muda-mudi.

Haritu saya singgah tu pon kedainya kosong. Sayang sekali kerana aiskrim dia memang sedap. Harga dia pon lebih kurang Haagen-Dasz jugak. Maaflah, tak dapat nak snap gambar menu dia. 

Kepada yang ingin mencuba aiskrim Swensen’s (dan juga menu western nya), bawah ni alamat dia di IOI City Mall:

Swensen’s Cafe & Restaurant
Lot L1-16 & 17 (sebelah kedai makan Sepiring),
IOI City Mall, Putrajaya.
Tel: 03-89580041
www.facebook.com/SwensensKl/

 

 

Share this on : Share on FacebookShare on TwitterShare on GooglePlusShare on PinterestShare on Linkedin

One thought on “Ice cream at Swensen’s, IOI City Mall, Putrajaya

  1. I see you don’t monetize your blog, don’t waste your traffic, you can earn extra bucks every month
    because you’ve got high quality content. If you want to know how to make extra bucks,
    search for: best adsense alternative Wrastain’s tools

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *