Ismail Sabri Umum Senarai Kabinet Baru

Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri.

Dalam satu lagi episod tragedi kisah lawak seram politik tanahair, PM ke-9 kita, Datuk Seri Ismail Sabri, mengumumkan, pada Jumaat lepas, senarai barisan Kabinet baru. Selepas diteliti dengan begitu teliti sekali, saya perasan muka-muka kabinet baru ni ada iras muka-muka kabinet lama. Apa sudah jadi?

Awatlah lepas tukar kabinet pun muka-muka lapok sama jugak? Omputih kata, pee my… pee my… tongue two. 🙂 Tapi, seriuslah, takde calon-calon lain lagi ke? Adakah negara kita ni dah ketandusan barisan kepemimpin yang berwibawa? Atau, kita masih lagi berada di takuk yang lama?

Spot the difference.

Dalam situasi pandemik ni pulak, kita berhadapan pula dengan karenah kabinet kitar semula ni. Adoi, sabarlah, Labu.

Ada pulak sorang ahli politik tu komen pasal pemilihan kabinet kali ni adalah disebabkan keinginan PM Ismail Sabri yang begitu serius dalam menangani isu pandemik yang melanda tanahair. Habis tu, PM sebelum ni tak serius ke nak menangani pandemik ni ke? Dan, kalau betul-betul serius, pasal apa ambik orang-orang yang sama jugak?

Gila gapo?

Tataulah sapa yang boleh terima alasan macam ni. Mungkin adalah penyokong tegar diorang yang percaya 100% kot. Tetapi, bagi orang yang boleh menilai situasi secara logik, jawapan macam ni tak masuk akal langsung lah. Ibarat ada yang tak kena aje.

Saya akui, saya ni bukan anti-kerajaan dan saya bukan pula anti-pembangkang. Saya ni golongan atas pagar. Sebagai golongan atas pagar, kami melihat isu yang diperjuangkan lebih penting berbanding calon yang dipertandingkan (ataupun parti yang diwakilnya). Kita mau isu-isu rakyat diketengahkan agar permasalahan negara dapat diselesaikan.

Malangnya, tak semua berpendapat sebegitu. Saya faham. Itu adalah hak masing-masing.

Kita mendambakan kepimpinan yang ikhlas, muda dan bertenaga, rajin dan amanah, kreatif dan innovative di dalam menjalankan tanggungjawab kepada rakyat. Ya, kita maukan perubahan. Kita tak mau lagi dinosaur-dinosaur tua yang sepatutnya berehat di rumah menjaga cucu, yang dah tiada lagi sifat diplomasi, yang sudah hilang tuju arah, yang tamak haloba, yang rakus mentekadarah wang rakyat, yang talam dua muka, yang tidak menghiraukan nasib rakyat, yang sombong bongkak dan tidak amanah.

#RakyatJagaRakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published.