Kenapa Allah Tidak Membantu Golongan Yang Memerlukan?

Dalam keadaan Ummah pada hari ini – dengan segala penindasan, peperangan, kesempitan, kesusahan dan segala musibah yang melanda manusia – kenapa pertolongan Allah tidak diturunkan (sebagaimana yang diberitakan di dalam Al-Quran)?

baqarah_214 Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

[Al-Baqarah 2:214]

Kita seringkali mendengar atau melihat berita tentang keadaan saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan, Chechnya dan di seluruh pelusuk Tanah Islam. Betapa mereka menghadapi tekanan yang dahsyat dan dibelenggu dengan peperangan. Seringkali kita mendoakan agar mereka sejahtera dan terpelihara hendaknya. Namun, sebaliknya yang berlaku. Keadaan mereka menjadi lebih teruk. Ramai yang menjadi korban (termasuk kanak-kanak dan wanita). Walaupun kita berdoa, merayu kepada Yang Esa agar saudara-saudara kita ini dapat diselamatkan dan maruah mereka terpelihara. Realitinya, penderitaan mereka masih berterusan.

Adakah Allah tidak mendengar rayuan kita? Adakah doa-doa kita tidak dimakbulkan? Atau, adakah Dia merelakan sahaja segala kesusahan menimpa kelompok kecil ini? Kenapa Allah tidak membantu golongan ini yang amat memerlukan? 

Di dalam ayat Quran di atas (Al-Baqarah 2:214), Allah berfirman bahawa sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang melanda umat Islam. Dan, sesungguhnya Dia berjanji akan memberikan pertolongan. Namun, persoalannya, kenapa ada lagi golongan manusia yang masih dalam kesusahan?

Daripada apa yang dapat kita simpulkan ialah bukan setiap orang akan memperoleh apa yang diminta. Ada yang dapat menjalani kehidupan dengan senang, ada pula yang terpaksa menjalani kehidupan dengan penuh pancaroba. Atas sebab inilah kita melihat masih ada umat Islam dalam kesusahan.

wartorn_syria
Belenggu peperangan di Syria. Yang tidak berdosa turut menjadi mangsa.

Manusia, apabila berada di dalam kesusahan, akan sentiasa berdoa dan meminta untuk diselamatkan. Beban kesakitan dan kepayahan sudah tentu amat berat untuk dipikul. Tiada sesiapa pun yang ingin mengalami penderitaan. Apatah lagi kanak-kanak yang tidak berdosa.

Kita diseru untuk sentiasa bersabar dengan ujian Allah. Bagaimana pula sekiranya ujian itu terlalu sukar dan kita sudah tidak mampu mengharunginya lagi? Adakah Allah akan makbulkan doa kita ketika itu? Jawapannya… mungkin ya, mungkin tidak.

maarij_19-23Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (19) Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; (20) Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; (21) Kecuali yang mengerjakan sembahyang (22) Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya; (23)

[Al-Ma’arij 70:19-23]

 

Kita faham bahawa Sunatullah (سنة الله) pemakbulan doa ini berdasarkan pick-and-choose sahaja. Allah mempunyai pemilihan sendiri di dalam menentukan doa yang mana hendak dimakbulkan atau tidak. Kriteria pemilihan ini pula tiada kena-mengena pula samada yang berdoa itu muslim atau non-muslim; yang bersembahyang ataupun tidak. Ini adalah kerana doa dimakbulkan mengikut kehendakNya yang tidak kita ketahui. Sebagai contoh, tak semestinya sesuatu doa yang diminta oleh seorang individu Muslim yang beriman itu akan dimakbulkan. Besar kemungkinan pun 50 peratus. Samalah juga halnya dengan non-muslim, kebarangkalian paling tinggi juga 50 peratus.

Kebarangkalian 50-50 ini menjadikan doa sebagai satu kaedah yang dilihat ineffective. Biarpun keberkesanannya diragui, ramai yang beranggapan tidaklah salah untuk mencuba.

Andai kita mengimbas kembali sejarah yang dicatatkan di dalam Al-Quran dan Hadis, kita dapati kebanyakan doa orang dulu-dulu lebih mudah untuk dimakbulkan.

Sebagai contoh, apabila Nabi Muhammad SAW berdoa kepada Allah agar bulan terbelah dua, doanya dimakbulkan dan bulan berpecah kepada dua bahagian. Kejadian ini tercatat dalam hadis berikut:

hadis_moonsplit001

Dari Abdullah:
Bulan terbelah menjadi dua ketika kami bersama Nabi di Mina. Nabi SAW berkata “Bersaksilah!”Kemudian pecahan (daripada) bulan itu bergerak menuju bukit.

[Sahih Bukhari]

 

Apa motifnya bulan dibahagikan dua – kita tidak tahu. Sehingga kini ia bukanlah pencapaian yang sering disebut-sebutkan sangat. Ada di kalangan Muslimin juga yang tidak tahu-menahu pasal kisah ini pun. Dan, kafir Quraysh yang menyaksikannya pada ketika itu mengganggapnya sebagai helah sihir dan bukannya kuasa Tuhan.

Apa yang ingin saya highlightkan di sini adalah Allah pernah memakbulkan doa yang boleh dianggap pointless (tidak bermanfaat) tapi kenapa ada sesetengah doa yang lebih bermanfaat tidak dimakbulkan pula?

Seringkali Allah SWT mengenakan ujian ke atas makhluk ciptaanNya. Fungsinya untuk mengukur sejauh manakah kehebatan iman kita tatkala diuji.

Apa yang tidak difahami ialah kenapa kanak-kanak yang tidak bersalah turut “diuji”? Sudah tentu bebanan yang dikenakan ke atas mereka terlampau berat untuk dipikul. Kanak-kanak tidak berdosa. Jadi, apa tujuannya?

Kanak-kanak ini dikenakan dengan pelbagai ujian; penyakit, peperangan, pembunuhan, jenayah seksual dan seribu satu jenis penderitaan. Sudah tentu mereka memerlukan pertolongan Allah. Malangnya, mereka meminta dan berdoa tapi doa mereka tak terjawab.

Kenapa Allah tidak membantu golongan ini?

 

 

Share this on : Share on FacebookShare on TwitterShare on GooglePlusShare on PinterestShare on Linkedin

2 thoughts on “Kenapa Allah Tidak Membantu Golongan Yang Memerlukan?

  1. Ini adalah pendapat peribadi saya:

    Ujian dari ALLAH bkan datang dalam bentuk kesusahan semata2. Malah DIA datang kan juga ujian dalam bentuk kesenangan. Kedua2 bentuk ujian ini adalah untuk menguji bentuk kesabaran atau pun kebersyukurannya makhluk2 ciptaan NYA. Doa perlu datang bersama usaha dan tawakal kepada ALLAH. ALLAH adalah maha mengetahui segala kejadian… sebenarnya tidak tercapai akal logik kita utk kita mepersoalkan sejauh mana keberkesanan doa itu. Tapi apa yg harus kita fahami dgn berdoa sebenarnya kita telah meyakini bahawa ada suatu kuasa yg lebih besar di mana kita beserah kepadanya secara total. Wajib lah kita percaya bahawa ALLAH itu maha mengetahui… maka DIA tidak akan beri apa yg kita inginkan tetapi selalu memberi apa yg kita perlukan.. itu juga adalah salah satu bentuk ujian utk kita mensyukuri rahmatnya… harus lah kita yakin bahawa hidup di dunia ini hanya sementara… alam akhirat adalah kekal abadi. Maka utk anak2 kecil yg telah arwah di duga di mka bumi ini adalah salah satu rahmat buat meraka sebenarnya… kerana dikala kita sedang sibuk mempersoalkan perkara ini. Mereka sedang berbahagia di sisi ALLAH… kita yg masih hidup ini perlu lah sentiasa berdoa.. redha… syukur.. dengan segala ujian dari ALLAH. Setiap perbuatan ALLAH itu tidak sia2… cuma kita sahaja yg tidak tercapai akal untuk memikrkannya… wallahualam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *