Kes Bunuh Kim Jong Nam

Saya rasa persoalan yang bermain di fikiran semua orang sekarang ni ialah siapa yang bertanggungjawab di dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam?

Adakah Pyongyang? Kumpulan anti-Korea Utara? Pembunuh upahan? Individu berkepentingan? Atau, ada kisah lain?

Setakat ni takde siapa lagi yang mengaku menjadi dalangnya. Jadi yang kita mampu buat hanyalah speculate pasal kes ni. Pihak Polis telahpun menahan dua orang suspek wanita, namun sejauh manakah penglibatan mereka di dalam pembunuhan tersebut? Apa motifnya?

Yang menjadikan kes ni lebih sensasi ialah ia berlaku di tanahair kita. Kiranya high-profile jugaklah kes ni sebab Kim Jong Nam adalah abang tiri Kim Jong Un, diktator pemimpin tertinggi Korea Utara. Gambar kedua-dua Kim di bawah ini.

Kim Jong Nam
Kim Jong Un

 

Dipercayai salah seorang daripada dua suspek wanita yang terlibat dalam pembunuhan terancang ini menekup muka suspek dengan VX nerve agent, sejenis bahan kimia beracun yang amat berbahaya sekali. VX nerve agent ni berfungsi mematikan pergerakan otot dan mampu bertindakbalas dalam beberapa minit saja. Ia akan menyerang sistem saraf dan menghentikan paru-paru dan otot vital yang lain. Pergerakan akan jadi tidak teratur dan mangsa akan mengalami sawan. Mangsa akan mati akibat sesak nafas berikutan kegagalan paru-paru berfungsi.

Menakutkan bukan?

Daripada video rakaman CCTV, jelas menunjukkan mangsa sedang berjalan di Balai Perlepasan, tingkat 3, bangunan KLIA 2, ketika dia “diserang” daripada belakang oleh seorang suspek wanita warganegara Vietnam, Doan Thi Huong.

Kim Jong Nam kemudiannya menghampiri seorang staf di KLIA 2 dan mengadu sakit sebelum dibawa ke pusat rawatan di KLIA 2. Dia kemudiannya dipindahkan ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.

Pendirian saya dalam kes ni adalah sama dengan kebanyakan conspiracy theorists  yang lain – bahawa ia adalah satu pembunuhan terancang oleh Pyongyang. Motif pembunuhan? Saya pun tak tahu full story dia lagi tapi mungkin ada kaitan dengan adik tirinya, Kim Jong Un, si diktator tu, dan pemerintahan kuku besinya.

Apa pun kita tunggu dan lihat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.