Kisah Nurhanizah dan Anjingnya, Bubu

 

Ni cerita pasal seorang gadis Melayu bernama Nurhanizah Abdul Rahman (gambar atas) dengan anjingnya, Bubu. Kisah ni menjadi viral selepas Nurhanizah memuatnaik posting pasal dia dan Bubu di laman sosial Facebook. Instead of memberikan pujian dan kata-kata semangat, ramai pulak yang mengutuk dan menyelar tindakannya memelihara anjing. 

Wow… ramai yang anti-anjing rupanya.

Tambahan pulak, Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha mengeluarkan statement agar Nurhanizah segera bertaubat daripada perbuatannya itu. Beliau berkata, “”Jakim berharap individu tersebut perlu segera memberhentikan perbuatan tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah. Perbuatan sebegini dilihat seolah-olah beliau cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam”.

Kot ceruk mana dia menghina agama Islam pulak ni? Harap pengarah JAKIM tu bolehlah explain dengan lebih jelas lagi. Cukup-cukuplah dengan tuduhan melulu ni. Enough is enough. Bertaubatlah. 🙂

Masalah Melayu VS Anjing ni bukanlah perkara baru. Orang Melayu ni “allergic” kepada anjing dah berkurun lamanya. Dulunya, saya ingat kut gadis Melayu je yang takut kat anjing, rupa-rupanya jejaka gagah Melayu tampan perkasa pon penakut jugak. Hehehehe… 

Biasalah. Kita akan sentiasa takut dengan perkara yang kita tak faham.

Dalam kes macam ni, orang Melayu dok memegang kepercayaan karut bahawa anjing ni haiwan najis. Dalam Islam, ada hadith sahih yang menceritakan bahawa air liur anjing ni perlu dibilas lapan kali; bilasan terakhir dicampur tanah. Itulah saja caranya nak menyucikan diri daripada najis air liur anjing.

Lama kelamaan Ulama mengkiaskan bahawa kaedah penyucian ini digunakan bukan setakat air liur anjing sahaja, bahkan apa jua cecair yang dikeluarkan haiwan tersebut. Hatta, kalau kita tersentuh anjing yang basah pon kita perlu “samak” kaedah 7 kali bilasan air + 1 bilasan air-tanah. Of course, ini kiasan daripada Ulama terdahulu. Kita pon tiada masalah dengan kiasan sebegini.

Tapi dek kerana air liur dia najis tetiba kita anggap seluruh anjing tu pulak najis. Kalau dah berpikiran macam tu, sudah tentulah kita akan mula menjauhkan diri daripada anjing. Yelah, dah najis kan? Secara tidak sedar, kita seolah-olah melatih diri kita untuk mengelak daripada coming into contact dengan anjing. Perasaan takut itu kian berputik… “allergic” mode sentiasa ON! Bila nampak je anjing, terus rasa nak lari. Takut tersentuh.

Utama sekali, Allah tak suruh pon kita memusuhi anjing. Dia tak suruh kita lari kalau terserempak dengan anjing. Kalau setakat sentuh pastu nak “samak” tu, apalah sangat. Bukan susah, ye tak?

Lagipun, si Nurhanizah ni bela anjing yang terbiar. Waktu dia jumpa si Bubu ni pon, Bubu ni lapar dan tak cukup makan. Terbit rasa kasihan di dalam dirinya nak mendekati haiwan ini supaya dia dapat membantu memberinya sedikit makanan. Seolah-olah, Tuhan memberikan hidayah direct kat dia untuk tidak tergolong dalam kategori Melayu anti-anjing. Subhanallah.

Anjing tu pon bijak menghargai pertolongan itu. Dan kedua-duanya berkawan mesra sejak dari hari itu.

 

Samada kita nak mengaku atau tak, anjing juga makhluk ciptaan Tuhan. Tiada dalam al-Quran ataupun mana-mana hadith suruh kita menghina anjiing. Sesungguhnya, anjing ni haiwan yang bijak. Lagi bijak daripada kebanyakan Melayu Anti-Anjing.

Janganlah kita mudah melatah sebab terlihat orang Melayu pulihara anjing (atau haiwan apa sekalipun). Biarlah apa orang nak kata, yang mustahaknya niat dan perbuatan kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan dakyah-dakyah mereka yang mempergunakan agama semata-mata tak senang melihat orang lain melakukan kebaikan dengan rela hati (out of the kindness of their hearts), tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Nak jealous pon kenalah ada hadnya.

 

 

 

 

5 thoughts on “Kisah Nurhanizah dan Anjingnya, Bubu

  1. Maaf lah sedara…melayu x anti anjing..mngkin sesetngh je yg begitu…tp sedara…mmg x de dlm Al Quran utk mmbnci anjing..tp ada dlm nas n hadis Rasul spy kita mnjauhi anjing…antara sbbnya malaikat tdak akn msuk ke rumah yg mnympan gmbr hidup,ptung brnyawa dan anjing…klau mcm tu mcm mne nak dpt rahmat dr Allah…anjing hny boleh dibela atas tujuan trtntu…TETAPI pergaulan terbatas…kita boleh menolong anjing…sdgkn ade sabda Rasul ade seorg hmba Allah memberi anjing haus mnum…terhapus dosa beliau…tpi batas2 tu kite kna jg…anjing tidak trgolong dalam najis mughalazah tanpa sbb…siap a kita utk mlwn ape yg pncipta kta tlah ttpkn tmbhm pla untk mngubahnya…sy tidak anti anjing…cme sy harp sedara tahu agama kita…Islam itu mdah…hope sedara fhm n boleh bukakan minda…juga pd yg anti anjing…anjing x bersalah…dia cme bntang..kita ade akal…pndailah kita mmjaga btas tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published.