Saya mula kumpul duit syiling emas 50 sen ni dah lebih kurang tiga tahun. Kiranya sebagai hobi sampingan laa. Tapi, saya hanya kumpul syiling emas 50 sen sahaja… yang syiling emas 20 sen tu saya tak kumpul.
Pada mulanya, saya start slow, memang pelan-pelan kayuh. Sekarang ni, koleksi saya dah pon melebihi 1400 keping – that’s more than RM 700 worth of 50 cent coins – and, in mint condition too! Mana mau cari? Hahahaha…
![]() |
Koleksi duit syiling saya ni semuanya dalam kondisi yang terbaik sahaja (MS-60 to 70) dan masih shiny. Syiling yang pudar, calar, kotor, hilang sinar, hitam, karat, bengkok, kemik, berpatina, rosak dll. memang saya tak mau.
Gambaran di bawah ini mungkin boleh jelaskan sedikit-sebanyak tentang perbezaan gred duit syiling yang saya maksudkan. Yang mana satu yang lebih menarik hati?
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ada beberapa gred jugaklah duit-duit syiling ni. Saya pastikan semua dalam koleksi saya masih berkilauan tanpa mengira tahun. Kebanyakannya macam Exhibit A dan B di atas ni. Yelah, yang masih berkilauan ni kelihatan amat menarik. Macam wang emas betul pulak!
Koleksi Wang Kertas Rare
Selain daripada koleksi syiling ni, saya turut mengumpul wang kertas yang lama dan juga rare. Ya, ni pun antara hobi saya jugak. Wang-wang kertas ni semuanya saya jaga elok-elok dan saya pastikan dia tiada crease (kesan lipatan) dan dalam keadaan baik. Near mint condition jugak laa.
Collection saya ni mostly for show jelah. Dan, bukan untuk dijual. 🙂
![]() |
![]() |
![]() |
Yang paling banyak dalam koleksi saya setakat ni adalah wang kertas lama RM 10, diikuti dengan not RM 100. Semuanya pun dalam kondisi yang baik. Saya simpan dalam plastik lutsinar supaya dia tak terlipat.
Kat bawah ni pulak wang not RM 1. Ada dua generasi; yang kat atas tu wang paling lama saya ada. Dan kondisi dia pon amatlah baik. Saya tak pernah tengok wang yang sama denominasi dengan kualiti yang lagi baik dari ini. Kalau ada, please bagitau. Saya cuma ada dua helai sahaja dalam koleksi.
![]() |
Akhir sekali, di bawah ni saya ada wang polimer RM 50 Komanwel 1998. Wang ni dikeluarkan oleh Bank Negara sempena Sukan Komanwel yang diadakan di Malaysia pada tahun 1998 dan merupakan wang polimer pertama Malaysia. Apa yang saya difahamkan ia memang legal tender dan nilainya RM 50. Tapi sayanglah kalau nak pakai. Ia disertakan sekali dengan envelope dan holder beserta sedikit penerangan tentang Sukan Komenwel 1998.
Spesimen di bawah ni adalah special sikit kerana ia adalah pemberian ibu saya. Dia beli sewaktu Commonwealth Games ’98. Saya dah jaga dengan baik all this while. Dah hampir 20 tahun saya simpan not ini. Apapun, ni lah wang kertas/polimer paling muda dalam koleksi saya!
![]() |
![]() |
![]() |