Nak dijadikan cerita, seorang imam muda dikenakan hukuman penjara 14 hari dan denda sebanyak RM 2900 di atas kesalahan berkhalwat.
Tertuduh, Mohd Noruddin Salam Noluwi, 29, dan pasangannya, Siti Khadijah Md Ghazali, 27, mengaku bersalah di hadapan Hakim Shaiful Azli Jamaludin.
Link berita boleh klik di sini.
Kedua-duanya ditangkap khalwat oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Melawati pada jam 3.30 pagi, 30 Julai lalu.
Mohd Noruddin merupakan seorang imam di sebuah masjid di Taman Melawati manakala Siti Khadijah pula seorang pegawai hal ehwal Islam di sebuah universiti tempatan.
Kedua-duanya ditamatkan pekerjaan ekoran kes ini.
Kesian sungguh pasangan ni, umpama jatuh ditimpa tangga. Sudahlah kena penjara dan bayar denda apa bagai, kena buang kerja pulak dah. Tu belum campur faktor malu yang terpaksa mereka (dan keluarga) hadapi. Ni kes melampau ni.
Memanglah mereka ini terlanjur. Tapi hukuman pun biarlah setimpal!
Utama sekali, saya memang tak sokong serbuan-serbuan khalwat dan kes tangkap basah macam ni. Memang melanggar hak asasi manusia. Bagi saya, apa yang berlaku di dalam rumah atau bilik persendirian (selagi tak salah di sisi Undang-undang) adalah hak peribadi masing-masing.
Terus-terang saya katakan, itu adalah antara mereka dengan Tuhan. Tanggungjawab kita bukanlah nak paksa masuk rumah orang dan berlagak seperti Tuhan pulak.
Kita tak perlu mana-mana badan agama yang bertindak sebagai moral police – kononnya nak mencegah maksiat. Walhal, mereka ni hanya nak mencari dan membuka keaiban serta memalukan orang sahaja. Kalaulah benar method mereka ini benar-benar berkesan, mengapa kes-kes maksiat ni masih lagi berlaku? Ini bukan pencegahan namanya!
Pendidikan amat penting, tak kiralah di dalam memupuk nilai-nilai rohani atau jasmani. Andai kita boleh mendidik golongan muda-mudi tentang nilai mulia dan bahaya seks bebas, bukankah itu lebih baik daripada menjatuhkan martabat mereka?
Lagipun, berapa ramai pesalah-pesalah khalwat ni mempunyai background agama?
Saya rasa ramai jugak Ustaz-ustaz (dan golongan agamawan) yang pernah kena tangkap kes khalwat. Saya tak sebut namalah. Kita pun tau. Ada yang berprofil tinggi. Ada juga ahli politik, ustaz-ustaz TV, pegawai agama dan bermacam-macam lagi.
Pokoknya, mereka ni golongan terpelajar agama. Jadi, di mana silapnya?
Mungkin tiba masanya kita revise balik undang-undang tangkap basah ni. Perlukah ia? Perlukah kita ada sekumpulan orang yang dok mengendap pasangan-pasangan tengah memadu kasih, yang dok ketuk pintu-pintu budget hotel, yang dok pecah masuk rumah orang sebab dapat tip-off ada orang sedang bersekedudukan?.
Amatlah memalukan bila mungkar yang besar yang dilakukan terang-terangan dibiarkan, namun mungkar yang tersorok pula yang dicari.
Assalamualaikum WBT,
Tuan,
Sekiranya hal ini dipandang dari hak asasi manusia yang hidup sementara di bumi ini memang hujah tuan adalah tepat dan tidak dapat disanggah lagi, namun apabila saya membacanya saya berasa sedikit terkilan kerana tuan hanya menyebut tentang hak asasi manusia dan sekiranya tuan hanya menuduh mereka sekadar menjadi “moral police” bagaimana pula dengan kes-kes yang lain? Adakah Polis di Malaysia hanyalah sekadar “Polis” yang tidak perlu membuat hendapan atau pemerhatian? Saya tidak menyanggah pendapat tuan, namun saya terkilan kerana tuan hanya mengecam tanpa memberi sebarang pendapat tegas mengenai hal ini.
Sebelum saya meneruskan kata-kata saya, saya ingin mengingatkan tuan mengenai suatu perkara yakni mereka ini yang ditangkap mengikut teks tuan ini, yang lelakinya adalah IMAM. Iaitu pemimpin yang dilantik bagi memimpin kaum Islam setempat dalam sembahyang dan rujukan orang ramai juga hal-hal ugama berkaitan, adakah tuan lebih rela dipimpin oleh seorang munafik? ataupun adakah tuan percaya sekiranya saya berkata yang “beliau ditangkap dengan izin Allah SWT agar beliau mampu bertaubat kepadaNya”.
Saya merasakan tuan ini adalah seorang yang terpelajar dan oleh yang demikian saya tidak akan menyampaikan hujah kepada tuan mengenai hal ini berdasarkan Hadis Shahih dan Nas Al-Qur’an, Saya hanya ingin bertanya pendapat tuan mengenai kes penderaan bayi, kes pembuangan bayi, kes bunuh diri, dan lain-lain kes yang mana menurut pengetahuan tuan melibatkan isu Zina dan dari manakah hal ini kebanyakannya berpunca?
Jadi bagi pendapat saya yang daif ini, biarlah mereka meneruskan kerja-kerja mereka untuk menghendap orang dan sebagainya, sehingga kerajaan kita dan jabatan agama Islam di Malaysia mampu merumuskan 1 penyelesaian yang akan menyelesaikan hal ini, saya adalah orang yang tidak berpelajaran dunia, hanya mencukupkan pelajaran bagi menempuh perjalanan di alam seterusnya.
Pada pendapat saya Jabatan Ugama Islam Malaysia sepatutnya mengeluarkan 1 FATWA yang mana untuk MENCEGAH dan bukanlah untuk MENGHUKUM.
Pendapat Pertama:
Mana-mana lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, didapati dan ditangkap oleh 4 saksi yang sah dan adil, berdua-duaan di tempat yang sunyi dan melakukan perkara sumbang, kedua-duanya harus dipisahkan dan tidak dibenarkan lagi berhubung.
Pendapat Kedua:
Mana-mana lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, didapati dan ditangkap oleh 4 saksi yang sah dan adil, berdua-duaan di tempat yang sunyi dan melakukan perkara sumbang, kedua-duanya di tangkap dan di tahan dan harus menjalani hukuman dalam tempoh tertentu. cthnya: mencuci longkang selama 3 bulan… atau sepanjang 2.7 km. atau mengikut pendapat yang lebih baik.
Sekiranya hal ini diselesaikan melalui kewangan seperti yang undang-undang sekarang, adalah amat menggalakkan perbuatan zina bagi pendapat saya.
Sekiranya pendapat saya ini mampu tuan ketengahkan, silakan.
Waalaikum salaam Wr Wb.
Premis utama saya adalah supaya tugas-tugas mengendap ni dimansuhkan sama sekali. Islam tidak pernah mengajar pi dok mengendap pasangan-pasangan sedang memadu kasih dsbnya. Jadi ini adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri. Perbuatan ini bukan sahaja mengaibkan pihak terlibat, bahkan memalukan bangsa kita sendiri. Cadangan saya supaya menghentikan sahaja serbuan-serbuan ini.
Saya bersetuju dengan tuan dan amat menyokong pendekatan “mencegah lebih baik daripada menghukum”. Dan, bagi menghindar kes pembuangan bayi yang disebabkan oleh zina, pendidikan amatlah penting. Masalah stigma kepada pasangan-pasangan “cinta terlarang” ni juga harus diperbaiki dan dinilai semula. Berzina tu satu kesalahan, tapi membuang/membunuh bayi tu pula kesalahan yang lagi besar. Sedihnya dalam masyarakat kita, zina tu dianggap sbg permasalahan paling besar maka zaaniya ni lebih cenderung membuang/membunuh bayi yang tidak berdosa (hanya sebab nak melindungi nama mereka). Adalah lebih baik jika belia-belia ni didedahkan dengan sifat bertanggungjawab, pendidikan seks dan juga alat-alat kontrasepsi. Andai mereka ni terlanjur pon, takdelah sampai peringkat nak buang bayi. Dah buat salah, wajiblah bertanggungjawab.
Saya juga bersetuju dengan tuan pasal hukuman yang setimpal dan bukannya denda semata-mata. Tapi hukuman yang dimaksudkan hanyalah kepada pesalah-pesalah yang membuat maksiat secara terbuka, ie; di khayalak awam.
Berdua duaan dengan melakukan perkara sumbang.tapi kalau die berdua.tapi xbersumbang pun.contohnye, bru balik travel from negeri lain.and otw mgntuk.then driver tido dlu skjap kat rnr..then tetibe kene tgkp…khalwat..sdgkan..xde bende bende sensitif berterbangan…rasa cm xadil kot..kalu dlm hotel mmg boleh trima agi..nie dlm kete kot..and kat parking lot..cam ntah pape pun ade.. Xlogik pun ade..kalu mmg..kete lain xde..die je duduk tepi lorong gelap..blh r trima..sy stju je dgn tgkp² nie..tpi jgn lah semua nk tgkp weh..
Sebenarnya Undang2 syariah x kuat, Sesiapa yg disabitkan kena serbu dgn Jais or Jawi boleh failkan saman ke atas pegawai Jawi tersebut dan juga Jabatan Agama Islam. Sebab utama undang2 tidak boleh membenarkan mana-mana pegawai kerajaan atau anggota polis untuk menyerbu premis persendirian tanpa notis atau perintah mahkamah . Dan pegawai kerajaan atau anggota polis yang diberi kuasa mesti mempunyai pangkat tinggi, sebab surat kuasa tidak boleh diserahkan ke anggota biasa ata konstabel atau prebet. mesti pangkat tinggi!!. Jawi tiada kuasa dalam aturkuasa pencerobohan premis walaupon diberi kuasa oleh mahkamah syariah. Jika surat kuasa mahkamah syariah ditunjukkan. Kita boleh failkan saman afidavit ke atas Jawi dan ke atas mahkamah syariah kerana mencabar kedudukan mahkamah persekutuan dalam bidang kuasa, mmg kita kena saman kalau berlaku kes, tpi Jawi pon kena saman , ikut peruntukkan Jawi akan kena saman lagi tinggi dari Jawi saman kita. Sbb tu Jawi x berani serbu hotel2 mewah, sebb bidang kuasa dia terhad kepada pasangan, dan bukan premis. Sebab tu jugak jika premis – premis haram, rumah urut semua diserbu oleh polis secara mutlak tanpa ada penglibatan Jawi. Undang2 sini memang Jawi serbu pasangan secara tak sah walaupn ada peruntukan dalam Mahkamah Syariah, peruntukan mahkamah syariah tertakluk kepada mahkamah sivil, Kita boleh saman balik mahkamah syariah walaupon kita kena saman khalwat pasal membuat serbuan secara haram tanpa permit sah, Igt permit sah hanya boleh dikeluarkan oleh mahkamah sivil, Jabatan agama tiada kuasa dalam peruntukan undang-undang, jabatan agama hanya boleh menahan dan saman pasangan, bukan menceroboh.