Dimana letaknya perikemanusiaan?
Sekali lagi England menjadi sasaran keganasan militan Islam apabila tiga pengganas bertindak melanggar pejalan kaki di London Bridge menggunakan sebuah van. Van yang digunakan oleh pengganas terbabit dipandu laju di atas kaki lima jambatan tersebut dan merempuh beberapa orang pejalan kaki sebelum terbabas di penghujung jambatan.
Ketiga-tiga suspek kemudian melarikan diri ke Pasar Borough, yang terletak berhampiran, dan menikam beberapa orang awam dengan pisau. Setakat tulisan ini, tujuh mangsa dilaporkan meninggal dunia manakala lebih 30 lagi cedera dan dirawat di hospital.
Ketiga-tiga suspek mati ditembak Polis. Mereka adalah Rachid Redouane, 30, seorang pastry chef daripada Dublin. Youssef Zaghba, 22, warga Morocco dan Khuram Butt, 27, dalang utama serangan ini dan mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Muhajirun, UK.
![]() |
Serangan terancang ni berlaku tak sampai sebulan pun daripada serangan berani mati di Manchester Arena yang mengorbankan 22 nyawa dan mencederakan lebih dari 100 orang, kebanyakannya belia remaja.
Apakah rasionalnya di sebalik serangan-serangan ini? Kenapa sasarkan orang-orang awam yang tak bersalah? Dan, kenapa teroris Islam, yakni ISIS, begitu rajin mendalangi serangan-serangan sebegini? Kerja halal takdak ka?
Persoalan yang kerapkali bermain di fikiran orang Barat ketika ini, “adakah Islam menganjurkan kepada keganasan?”. Kebanyakan orang Islam akan menjawab mudah “tidak sama sekali!” ataupun “itu hanyalah tindakan puak ekstrimis, bukan dari Islam”. Bila benda buruk berlaku, kita ni rajin dok tuding jari. Walhal dalangnya saudara kita se-Islam jugak. Beza antara kita dan mereka hanyalah mindset.
Mungkin sudah tiba masanya, kita berdepan dengan saudara-saudari kita yang berpandangan ekstrimis ini. Jangan kita takut dan segan dengan diorang. Bak kata orang putih, “All that is necessary for evil to triumph is for good men to do nothing“. [Terjemahan: Kalau orang baik tak bertindak, kejahatan dan kerosakan akan berleluasa di muka bumi].
Ada juga ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang diambil out of context dan digunapakai oleh pihak-pihak pengganas ni untuk menghalalkan jenayah mereka. Contohnya hadis di bawah ini yang menghalalkan pembunuhan wanita dan kanak-kanak di masa perang.
Diriwayatkan oleh As-Sab Bin Jathaamah;
Bahawa Nabi (SAW) ketika melalui di Al-Abwa atau di Widdan pernah ditanya tentang penduduk perkampungan orang-orang musyrik dimana mereka tinggal, lalu (ketika diserang) para wanita dan anak-anak mereka terkena juga. Rasulullah SAW bersabda, “Mereka daripada mereka”. Saya juga mendengar dia berkata “Tiada Hima kecuali kepada Allah dan rasulnya (SAW)”.
[HR Bukhari]
Hadis di atas ni, yang popular dengan gelaran hadis “hum, min hum” (mereka daripada mereka) ni seringkali digunakan puak-puak pelampau tatkala mendalangi kempen keganasan mereka. Seolah-olah dah menjadi lesen besar buat mereka ni nak bunuh orang-orang awam sesuka hati. Hadis macam ni sepatutnya kena banned.
Saya menyokong andainya ada usaha-usaha untuk mengkaji dan menafsir semula kandungan Al-Quran dan Hadis untuk disesuaikan kepada zaman ini. Terutamanya “ayat-ayat Jihad’. Mungkin 1400 tahun dulu kempen bunuh-membunuh ni perkara biasa lah kot. Tetapi pada hari ini, kita ada undang-undang dan standard sosial yang amat berbeza.
Bilakah keganasan ini akan berakhir?
Hi blogger, i must say you have high quality content here.
Your blog should go viral. You need initial traffic only.
How to get it? Search for; Mertiso’s tips go viral