Sekarang ni punya kecoh di media sosial pasal kes LGBT ni.
Pasal apa isu ni tetiba meletup sebegitu rupa, kita pon tak pasti. Tapi apa yang pastinya, LGBT ni bukan isu yang baru. Mungkin dah lapok dah pon. Tapi, kenapalah masih ramai lagi yang belum move on ni? Why can’t we leave the pondans well enough alone?
Kesnya bermula dengan penurunan gambar portret aktivis-aktivis LGBT, Pang Khee Teik dan Nisha Ayub (gambar bawah) dari sebuah pameran yang diadakan di Penang, sempena menyambut bulan kemerdekaan. Maka berlaku sedikit kekecohan di media sosial bila mana ada pihak yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Rupa-rupanya, arahan penurunan portrait tersebut dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mujahid Yusof Rawa dengan alasan bahawa nilai-nilai LGBT ni bercanggah dengan polisi kerajaan Pakatan Harapan. Eh, ye ke ni?

Setelah Dr. Mujahid Yusof Rawa bertemu dengan wakil komuniti LGBT, Sis Nisha Ayub, bagi membincangkan isu terbabit dan permasalahan yang dihadapi oleh kaum LGBT, keadaan semakin menjadi-jadi di media sosial; terutamanya di Facebook. Muncul pulak pihak yang begitu anti dengan LGBT. Maklumlah, negara kita ni belum pernah ada kes-kes LGBT… tu yang homophobic sikit kot. 😆
Sekurang-kurangnya Menteri tu adalah jugak rasa bertanggungjawab nak berjumpa dengan perwakilan LGBT. Sedikit-sebanyak, pertemuan itu dapat membantu pihak kerajaan memahami aspirasi dan motif kaum LGBT ni. Syabas diucapkan.
Yang tidak mengherankan adalah respon daripada para “alim-ulama” Facebook di dalam hal ini. Masing-masing berpendapat bahawa hak kaum LGBT ni tak perlu dibela. Bagi mereka, “gejala” LGBT ni dilihat mengundang masalah sosial/seksual dan keruntuhan akhlak di kalangan belia Melayu yang beragama Islam.
Amboi, perangai malaikat sangat kah orang Melayu kita ni? Seolah-olah LGBT ni lah punca utama segala permasalahan kita. Habis tu yang meragut, merompak, mencuri RM 2.6b, membunuh, mengambil tanah orang asli, memaki hamun dalam parlimen, memeras ugut tu semuanya LGBT belaka?
Dalam hal ini, kita harus bersikap adil kepada semua pihak. Kita kan manusia. Kaum LGBT ni juga manusia. Jadinya, sebagai manusia mereka juga mempunyai hak sama seperti kita. Hanya kerana sexual orientation mereka berbeza, kita tergamak menafikan hak mereka?
Kan kita ni diajak untuk melaksanakan keadilan kepada semua pihak. It’s time we grow up.
Habis tu, bagaimana pulak dengan kaum Sodom di Zaman Nabi Lut? Bukankah orang yang baik-baik turut dihukum oleh Allah?
Itukan zaman dulu. Kita perlu ingat, Nabi Lut pi offer anak-anak dara dia kepada laki-laki gay gila seks untuk dirogol. Itukan lagi teruk. Ended up, dia pulak yang terperdaya melakukan hubungan seks dengan anak-anak dia sendiri. Teruk + buruk sekali perangai. Tapi, itukan zaman dulu. Zaman ni ada ke ibubapa yang sanggup nak gadaikan anak sendiri untuk dirogol beramai-ramai? Takde bukan? Tapi ada pula kes rogol anak sendiri. 😱
Mari bersifat rasional.
Saya terpaksa tegaskan di sini bahawa saya ni bukan gay. Saya ni straight. Saya ni bukanlah juga orang yang kuat pegangan agamanya tapi saya sokong keadilan. Dan, saya sokong pergerakan LGBT ini. Saya akan sentiasa sokong hak asasi manusia selagi mana ia tidak memberikan ancaman kepada nyawa, harta, keselamatan, kesihatan dan hak orang lain. Bagi saya, LGBT ni bukanlah isu yang mengancam kemanusiaan sejagat. Malahan, ia tidak mengancam sesiapa pon. Bagi yang mengata LGBT ni mengundang bala bencana daripada Tuhan, ingin saya ingatkan anda bukannya Tuhan. So, please stop pretending to be God. Bagi saya, “penurunan bala” ni semua bukan kerja kita untuk meramal atau meminta. Kita buat yang terbaik berdasarkan akal yang diberi dan kebaikan untuk semua, sesuai dengan zaman kita. Untuk meng-second guess Tuhan atau meramalkan apa yang Tuhan patut lakukan bukanlah suatu tuntutan agama.
Andainya kita menjalani kehidupan kita dengan penuh kebencian pon tak kena juga. Ia seharusnya well-balanced. Janganlah kerana sesuatu perkara tu tak sehaluan dengan kita makanya kita boleh memperlekehkan hak orang lain. Selalu bila kita berbicara pasal Islam, kita claim bahawa Islam ni agama yang baik, toleransi dan peaceful. Belakang kalu, kita pulak sibuk dok ugut, maki hamun, kafir-mengkafir, menanamkan kebencian dan mengkhinzirkan orang secara babi buta seolah-olah kita ni tiada agama. Marilah sama-sama kita bersifat rasional dalam hal ni. Kalau ada perbezaan, kita bincang dengan baik. Dan, jauhilah kaedah “paksaan dalam agama”. Itu bukan Islamik.
Akhir kata, diharapkan kerajaan Malaysia Baru ni dapat melindungi hak-hak kesemua rakyat Malaysia. Dan, supaya kaum LGBT ni diiktiraf dan tiada lagi penindasan kepada mereka (dan kumpulan minority yang lain). Amiin.