Saya percaya ramai dah pon tonton klip video kes seorang pemandu lori dibelasah dengan kejam ekoran kemalangan kecil di Bukit Antarabangsa. Saya berani katakan nilah antara klip video yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia. Saya akui, lepas saya tengok video tu pon memang ada rasa sakit hati.
Apa taknya, disebabkan eksiden kecik macam ni pon pemandu lori tersebut, Nasrul Faiz, 25, dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki yang dikatakan pengawal peribadi kepada seorang VIP.
Daripada apa yang saya fahami, insiden ini berlaku setelah lori yang dipandu mangsa terlibat di dalam kemalangan kecil dengan sebuah kereta Mercedes bernombor plet WWC 8908 di tempat letak kereta kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa.
Kalau belum tonton klipnya lagi, bolehlah play video di bawah ini. Amaran: Video ni mengandungi unsur-unsur kekerasan jenayah dan sememangnya ganas (violent).
Difahamkan juga akibat pelanggaran kecil itu, nombor plet kereta tu patah dan terjatuh.
Yang kita tak fahamnya, pasal nombor plet jatuh pon nak sepak terajang orang? Apa punya bodoh dan tak berhati perut manusia zaman sekarang ni. Memang kurang ajar.
Setakat ni, Polis sudah pun menahan 5 orang termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes ni. Malangnya, identiti kelima-lima suspek belum diumumkan lagi. So, kita pon tak tau sapa sebenarnya dalang kes ni.
Yang kita tau, VIP ataupun tidak, jenayah tetap jenayah.