Marilah mari pergi mengundi,
Jangan lupa kewajipan pada negara.
Setelah kita dijemukan dijamukan dengan kempen demi kempen oleh Barisan Nasional dan Pakatan Harapan selama beberapa minggu, akhirnya telah tiba masanya kita menjalankan tanggungjawab kepada negara. Samada kita nak renew kontrak kita dengan kerajaan Barisan Nasional (yang memerintah dah 60 tahun) ataupun kita ingin menyahut gelombang pembaharuan dengan memilih kerajaan Pakatan Harapan (yang diterajui oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad), pilihannya di tangan kita.
Truth be told, saya ni sebenarnya golongan atas pagar aje. Tapi keadaan yang melanda negara kita semenjak dua menjak ni menyebabkan ramai di antara kita terpaksa mengambil tahu tentang keadaan socio-economic-politico negara. Nak tak nak, saya sebagai seorang rakyat Malaysia pon terkesan dengan keadaan sekarang ni.
Jadinya pada hari bersejarah ini, 9 Mei 2018, kita dapat menentukkan halatuju negara tercinta. Kuasa kini berada di tangan kita.
Bawah ni sedikit perkongsian gambar yang sempat saya ambil pada pagi tadi di stesen mengundi saya.
Saya mengundi kat TTDI aka Taman Tun (Parlimen P117 Segambut). Kat sini ada tiga parti bertanding, iaitu BN, PKR dan PAS.
Orang Taman Tun ni basically menyampah kat kerajaan BN (sebenarnya menyampah kat Tengku Adnan). Tengku Adnan aka Ku Nan, menteri Wilayah Persekutuan, ni pernah menabur janji manis kepada warga Taman Tun pasal nak selamatkan Taman Rimba Kiara (Bantu Selamatkan Taman Rimba Kiara) tak berapa lama dulu. Last-last, harapkan pagar, pagar tak boleh harap.
Rakyat sudah tentu pandai menilai berdasarkan janji-janji silam yang pernah dibuat.
Lain pulak halnya dengan parti PAS kerana inilah kali pertamanya PAS meletakkan calonnya untuk bertanding di sini. Kerana dalam PRU-PRU sebelumnya, TTDI cuma ada dua parti sahaja yang bertanding; MCA dan DAP. So, dalam PRU ke-14 ni, persaingan tu dah jadi tiga penjuru. Rasanya, langkah PAS meletakkan calon kat sini mungkin bertujuan nak membahagikan undi orang Melayu saja kot, maklumlah kawasan ni majoriti penduduknya adalah Cina. Tambahan pula, calon yang diletakkan oleh PAS tu pulak imam muda di Masjid Taman Tun. Rasa kesian pon ada, besar kemungkinan beliau hanyalah mangsa keadaan. Dibonekakan oleh pihak tertentu semata-semata kerana percaturan politik.
Calon ketiga pula adalah Hanna Yeoh dari parti DAP-Pakatan Harapan. Warga TTDI memang meletakkan harapan yang tinggi kepada Hanna agar dapat membawa perubahan dalam lanskap politik negara (terutamanya di Wilayah Persekutuan). Rasanya inilah yang rakyat Malaysia nanti-nantikan; satu suara muda yang bebas dari korupsi dan politik wang. Ramai juga berharap agar Hanna dapat membantu dalam usaha menyelamatkan Taman Rimba Kiara dari pembangunan melampau. Saya berpeluang menghadiri ceramahnya yang diadakan di TTDI beberapa hari yang lepas dan merasakan beliaulah the right choice untuk Parlimen Segambut ini.
Okaylah, cukup saja komentar saya setakat ni. Saya akui, saya punya assessment untuk ketiga-tiga parti di atas memang bias… hehehe. Apa boleh buat? Too late now. Kita tunggulah keputusan pilihanraya petang/malam ni.
#PRU14
#inikalilah
#undiadalahrahsia