Dalam sebuah video tular oleh Vishen Lakhiani, dia mendakwa bahawa minuman coklat kegemaran ramai, Milo, sebenarnya tidak sesuai diminum berikutan kandungan gulanya yang terlampau tinggi – lebih kurang 40%! Video linknya di sini.
Kalau betul lah gula dia sebanyak tu, memang berita tak baiklah untuk kita.
Sebagai penggemar Milo, saya akui terlepas pandang dengan isi kandungannya sebabnya dah memang minum Milo ni dari kecik lagi. Dah memang sebati dengan diri saya (dan juga rakyat Malaysia). Milo dan aktiviti sukan di Malaysia berpisah tiada. Agaknya sebab tu lah saya bias terhadap Milo.
Akan tetapi, saya punya biasness itu berubah setelah melihat video response daripada wakil Milo@Nestlé yang menjawab dakwaan bro Vishen Lakhiani tersebut di dalam satu press conference yang dikelolakan oleh PPIM baru-baru ni.
Wakil tersebut, Othman Md Yusoff, selaku Pengerusi Jawatankuasa Halal Nestlé berkata… “apabila kita bancuh Milo ni, kita ambil lima sudu teh serbuk Milo [dan] kita tambah 200 ml air panas. Bila kita buat macam tu, kandungan (gula) yang tadi 40% tu menjadi enam peratus – dari gula semulajadi 3%, dari gula yang kita tambah 3%”.
Adakah kenyataan sebegini menjadikan Milo ni selamat untuk dilabelkan sebagai minuman yang menyihatkan? Anda nilaikan sendiri. Video link response Milo di sini – Nestlé jawab PPIM isu gula dalam Milo.
Bagi saya, statement kartun macam ni memang tak munasabah lah. Ni kerana, selalunya bila kita bancuh Milo, kita akan tambah susu pekat manis untuk memberikan dia extra rasa lemak manis. Barulah kaw! Rupa-rupanya yang “kaw” tulah yang memudaratkan.
Jadi di dalam hal ini, adakah Milo saja yang layak dipersalahkan? Sudah tentu tidak. Kita dok gatal minum manis-manis ni pasal apa?
Masyarakat kita harus sedar bahawa minuman manis-manis ni amatlah merbahaya untuk kesihatan. Bukan saja ia menggemukkan kita, bahkan ia meningkatkan risiko mendapat kencing manis. Jangan kata Milo, kalau minum kopi letak gula sampai 3-4 sudu memang cari nahas lah tu.
Lepas ni, kaki-kaki yang selalu minum kopi tu kena belajar minum kopi takyah letak gula atau susu pekat (atau pemanis tiruan). Kopi ni memang sedap bila pahit.
Dan bukan saja dalam minuman, seelok-eloknya kurangkan juga gula dalam pemakanan. Itu pon turut memudaratkan. Senang cerita, kalau benda tu rasa manis baik kita jauhkan diri. Kalau kat luar kita ternampak awek yang manis pon kita jauhkan diri jugak. Mudarat juga tu. 🙂
Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman
Di dalam menilai isu kandungan gula tinggi dalam Milo dan juga respon lemah dari pihak syarikat Milo/Nestle sendiri dalam hal ni, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Milo – bukan sebab saya tak sayangkan Milo, tapi sebab saya sayangkan kesihatan saya. Bagi saya, itu lebih penting.
Tak taulah setakat ni ada alternatif lain untuk Milo atau tidak. Sebabnya dari segi rasa, Milo ni memang sedap. Antara lambakan minuman coklat di pasaran, Milo lah the best! Tapi adakah kita dah bersedia nak menikmati minuman koko tanpa gula (ataupun apa-apa minuman manis sekalipun)? Hanya masa dapat menentukan.
Harap pihak Nestlé dapat memasarkan alternatif lain yang lebih sihat. Until then, selamat tinggal Milo!