Kita ni dah nak masuk bulan Ogos dah pun. Tapi, masih lagi ramai yang keliru pasal SOP yang dikeluarkan. SOP pulak asyik berubah ikut MCO (dan selera Menteri). Sekarang ni ada tempat yang EMCO (PKPD), FMCO (PKP Penuh), National Recovery Plan (NRP) Fasa 1, Fasa 2… dan pelbagai lagi istilah-istilah pakai-buang yang digunakan. Mana tak pening kapla macam ni?
Ada setengah tempat boleh berbasikal. Ada setengah tempat pulak, tak dibenarkan berbasikal (deyy, make up your mind laa, macha). Nak jogging pun hanya dibenarkan di sekitar taman perumahan saja. Taman awam tak boleh!
Nak ditambah garam dan MSG pula, penderitaan kita masih belum berakhir. Jauh lagi journey to recovery kita ni. Sehingga entry ini ditulis, Malaysia masih belum lagi capai tahap 20% fully vaccinated. Bayangkanlah, nak sampai herd immunity kenalah at least 80%. Dalam hal ni, pengaruh anti-vaxxers tak banyak membantu proses pemulihan kita. Hujah mereka, angka tetap meningkat jadi apa gunanya vaksin? Memang hawau punya pemikiran.

Saya ni pun, alhamdulillah, dah fully vaccinated. Terasa lah sikit tenang dalam jiwa. Tapi facemask kena tetap pakailah. Patuhi SOP.
Akibat stress yang terlampau, saya mula berkecimpung dalam dunia Tiktok. Saya punya video tiktok takdelah gelek-gelek tu semua tapi kalau nak tengok saya gelek jugak kena bayarlah 🙂 …hahaha. So, di bawah ni salah satu daripada karya masterpiece saya.
@shahrilazmir.com Vaksin dua dos ##rakyatjagarakyat ##fyp ##mco2021 ##hangtuah
♬ original sound – ShahrilAzmir
Jangan lupa Like dan follow tiktok saya di https://www.tiktok.com/@shahrilazmir.com
Mungkin ada di luar sana yang bertanyakan, kenapa pula saya stress? Yelah, macam mana tak stress, pandemik yang melanda seluruh dunia ni tak nampak penghujungnya. With no end in sight, kita bukan saja dibelenggu dengan angka kematian yang tinggi setiap hari, bahkan kesusahan yang dialami oleh rakyat negara kita. Ramai yang kehilangan pekerjaan, hilang punca pendapatan, perniagaan merosot dan gulung tikar dsbnya.
Ada sekali dulu, masa MCO kedua (kalau tak silaplah), saya sedang lunchbreak dan bercadang nak cari makan kat Nu Sentral Mall (kebetulan haritu saya ditugaskan kat situ). Jadi, saya pun round lah dalam Nu Sentral Mall tu nak cari makan. Tapi, keadaan dalam mall tu agak depressing lah jugak. Kebanyakkan kedai tutup, ada yang tampal notis penutupan sementara. Foodcourt pun tutup.
How did it get this bad?
Nanti saya share gambar-gambar yang sempat saya snap. Agak menyedihkan jugaklah tengok keadaan macam ni. Bayangkanlah, Nu Sentral Mall ni satu masa dulu agak happening jugak.
Ramai yang kehilangan pekerjaan, hilang punca pendapatan, perniagaan merosot dan gulung tikar dsbnya.
Bayangkanlah, andainya syarikat-syarikat gergasi pun terkesan dengan pandemik ni, bagaimana pula syarikat-syarikat kecil di luar sana? Terutama yang baru mula berniaga. Depressing, bukan? Covid ni bukan sahaja meragut nyawa manusia malahan membunuh impian dan cita-cita.
Saya tak salahkan siapa-siapa pun, tapi kalau ada di luar sana yang menghadapi masalah, sudilah mendapatkan bantuan. Ingatlah, we’re in this together.
Anda terkesan. Anda tak bersalah. Keadaan semakin hari, semakin rumit pulak. Hal kewangan makin sempit. Ya, kita semua begitu berasa terkesan dengan keadaan sosial, politik dan ekonomi negara. Tak nampak macam pemimpin negara hendak membantu.
Sorrylah, meroyan pulak kali ni. Tapi kengkadang ni saya terasa stress pulak melihat keadaan hari ini. Semoga hari esok lebih baik untuk kita. Amiin.
#RakyatJagaRakyat