
Ni apa cerita pulak YB-YB bekumpul kat Dataran Merdeka ni? Dah buang tabiat kah? Perhimpunan apa pulak ni?
Oh, Parlimen ditutup rupanya. Untuk baca link Utusan, klik di sini.
Ingat kot Parlimen bolehlah bersidang disebabkan kes Covid 19 yang semakin meningkat semenjak dua menjak ni. Yelah, nak bincang strategi nak atasi wabak ni. Ataupun, kot nak story pasal Pelan Pemulihan Negara (NRP). Haa… tak mau story? Laa, pasai apa tak mau pulak?
Hangpa tak mau story? Takpa, mai aku nak story sikit.
Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya merasakan yang diri saya ni terlalu kerap diperbodohkan oleh ahli-ahli politik kita. Tak kiralah parti politk belah mana sekalipun, kita sebagai warganegara Malaysia dah semakin hari, semakin muak dengan tingkah laku MP kita. Depan kita bukan main lagi cerita sang kancil-buaya. Belakang kalu, cerita Pak Pandir pulak. Wahai, YB-YB sekalian, kami ni pon ada tahap kesabaran jugak.
Bila tengok persidangan Live dari Parlimen baru-baru ni (boleh search kat Youtube) dah serupa macam zoo dah. Takde kata sepakat langsung tentang cara nak menangani isu pandemik ni. Yang ada cumalah persoalan-persoalan retorik yang dilontarkan sesetengah pihak bagi membangkitkan ketidaksenangan di kalangan mereka. Tapi, usah tertipu – semua ni just for show sahaja. Dah nama pun politik.
Maaflah saya berkata, walaupun dalam parlimen, mereka ni digelar sebagai “Yang Berhormat” tapi gelaran tu tak layak bagi mereka. Hakikatnya, mereka ni dah lama kehilangan hormat daripada rakyat.
Sandiwara demi sandiwara, janji demi janji, SOP demi SOP… yang untungnya mereka, yang ruginya kita.
Ya, kita akan sentiasa menjadi mangsa ketamakkan ahli-ahli politik. Ini realitinya. Selagi kita tak bangun dari dibuai mimpi janji-janji manis ahli politik, selagi itulah kita terus ditipu dan ditindas.
The truth of the matter is takde sorang pun ahli politik dalam negara kita yang tahu bagaimana nak handle pandemik ni. Sebabnya, tiada seorangpun yang pernah alami pandemik macam ni. Ni kali pertama negara kita berdepan situasi sebegini. Jadi, kita boleh assume barisan kepimpinan kita (pembangkang included) memang tak tahu menahu apa nak dibuat.
Jadi, pasai apa depa ni bercakap seolah-olah mereka tahu apa yang mereka cakap? Sebabnya masing-masing nak tunjuk pandai. Tu yang sampai ada 500 buah negara dalam dunia dan Malaysia mempunyai 15 buah negeri. Tudiaa… side effect Spanish fly kononnya!
Tapi, adakah semua ahli politik macam tu? Sudah tentu tidak! Malaysia masih ada ahli-ahli politik yang berjasa untuk rakyat. Tak ramai, tapi ada. Walaupun tipis, harapan masih ada.
Kita masih ada lagi ahli-ahli politik yang membantu rakyat dalam keadaan kesusahan. Kita juga ada ahli politik yang masih memegang janji sejak pilihanraya ke-14 dulu.
Tapi, kenapa bukan mereka-mereka ni yang menerajui kepimpinan negara?
#RakyatJagaRakyat