Pengantin Hindu ditahan JAIS

Saya rasa tindakan JAIS menyerbu serta menahan seorang pengantin wanita Hindu di majlis perkahwinannya amatlah melampau.

Tujuan dia ditahan? JAIS mengesyaki bahawa wanita tersebut beragama Islam dan dengan sebab itu haram meneruskan perkahwinannya dengan pasangan yang beragama Hindu (serta mengikut adat-istiadat agama tersebut).

Untuk mendapat latarbelakang penuh berita ini boleh klik di sini dan sini.

Walaubagaimanapun, pengantin tersebut, Zarena Abdul Majid, 32, yang memberikan kerjasama penuh, mendakwa dirinya beragama Hindu sejak lahir dan tidak mengamalkan ajaran Islam. Beliau turut mendakwa bahawa bapa kandungnya (yang memeluk Islam) telah mendaftarkan kad pengenalannya sebagai Muslim.

Jurucakap JAIS membuatkan kenyataan bahawa serbuan dilakukan berdasarkan aduan yang diterima. Pengantin tersebut telah ditahan dan dibebaskan setelah membuat kenyataan di Ibu Pejabat JAIS.

Bagi saya tindakan JAIS ni amat keterlaluan. Saya gagal memahami kenapa kekerasan dan paksaan terus digunapakai ke atas golongan non-Muslim bagi memaksa mereka untuk conform dengan undang-undang agama kita. Mereka ada agama mereka sendiri. Nak pi kacau buat apa?

Ini sesuatu perkara yang amat memalukan dan tentunya tidak boleh diterima di zaman ini. Manusia punyai pilihan dan hak masing-masing. Terpulanglah pada sesorang individu untuk menentukan kepercayaannya sendiri. Paksaan bukan sebahagian daripada Islam.

Mana-mana agama atau kepercayaan yang menganjurkan kepada pemaksaan sudah tentu dianggap lemah.

Sekali lagi, kredibiliti agama kita tergadai disebabkan sikap overzealous masyarakat kita yang lebih gemar menghukum daripada menangani sesuatu isu dengan cara yang lebih hemah dan bijaksana.

Bukankah diskusi dan dakwah itu penting?

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.