Bom yang diletupkan oleh seorang pengebom berani mati di Manchester Arena, England, dipercayai didalangi kumpulan pengganas ISIS. Suspek, Salman Abedi (gambar), 22, yang terkorban di tempat kejadian, dipercayai meledakkan IED (improvised explosive device), beserta dirinya, sejurus selepas konsert Ariana Grande yang diadakan pada malam 22 Mei tersebut.
Akibat letupan itu, seramai 22 orang terbunuh manakala 119 lagi cedera.
Yang saya tak fahamnya, kenapa bunuh anak-anak remaja ni? Apa dosa mereka? Puak-puak ISIS ni harus hentikan kempen keganasan mereka. Sememangnya, mereka ni syaitan yang bertopengkan manusia.
Bayangkanlah, yang pergi tengok konsert Ariana Grande ni pun kebanyakannya remaja perempuan (termasuk kanak-kanak bawah umur). Kenapa mereka ini yang menjadi sasaran? Mereka ni musuh Islamkah?
![]() |
![]() |
![]() |
Ketiga-tiga di atas ini adalah di antara 22 yang terkorban. Mangsa, Saffie Rose Roussos, 8 tahun, merupakan korban paling muda dalam serangan tersebut. Akibat letupan itu, Saffie meninggal dunia di tempat kejadian. Dia menghadiri konsert tersebut bersama kakak dan ibunya yang turut terkena letupan dan kini berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Sehingga post ini ditulis, ibunya masih belum sedarkan diri dan masih tidak mengetahui anaknya sudah meninggal dunia.
Olivia Campbell (gambar tengah) adalah gadis berumur 15 tahun yang turut menghadiri konsert Ariana Grande di Manchester Arena. Lebih menyayat hati, ibunya tampil di media elektronik sejurus selepas kejadian bertujuan mencari anaknya tanpa mengetahui bahawa anaknya itu telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Martyn Hett, 29, seorang pengurus perhubungan awam dan juga aktivis LGBTQ, turut terkorban dalam letupan tersebut. Dia dikatakan seorang yang suka berjenaka dan meminati musik Ariana Grande. Seringkali muncul di kaca TV di UK. Apa dosa dia? Kita pun tak tahu.
Saya, secara peribadinya, berasa sangat sedih berikutan kejadian ini. Saya mohon kat para ulama’, mufti-mufti, ustaz-ustaz dan para muallimin di UK dan di serata dunia untuk condemn serangan ini. Condemn habis-habisan. Ni jenis kezaliman yang tidak boleh dimaafkan sama sekali.
Bagi mereka yang menganggap ISIS (atau dikenali dengan IS atau Daesh) ni sebagai “benteng” yang mempertahankan Islam, itu hanyalah dusta semata-mata. ISIS ni bukan benteng, bahkan dialah bulldozer yang bakal meranapkan Islam suatu masa kelak. Mark my words.
Selama ni saya tak faham macam mana puak pengganas ni boleh ada ramai pengikut pulak? Sedangkan bila saya tengok kat youtube dan facebook, banyak kilp-klip video yang menunjukkan keganasan dan kezaliman militan ISIS ni. Adakah keganasan menjadi daya penarik ramai muda-mudi menyertai ISIS?
Di manakah suara-suara pemimpin Islam di dalam hal ini?
One thought on “Pengeboman Manchester Arena Angkara ISIS”