Perlu Ke Dobi Khas Untuk Muslim Sahaja?

 

Semenjak terbongkarnya kes sebuah kedai dobi di Muar, Johor mengenakan syarat khas kepada penggunanya iaitu hanya yang beragama Islam sahaja dibenarkan menggunakan perkhidmatan dobi tersebut, ramai pihak yang bertikam lidah dalam hal ni. Ada segelintir kecil yang bersetuju dan menyokong tindakan pengusaha dobi tersebut. Namun, ramai lagi yang tidak bersetuju dengan tindakan itu dengan alasan ianya akan menyebabkan ketidakharmonian antara kaum.

Antara yang tidak bersetuju dengan syarat dobi tersebut adalah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Baginda bertitah:

DYMM Sultan Johor

“Beta tidak boleh terima perkara mengarut seperti ini. Ini adalah negeri Johor, negeri milik Bangsa Johor dan milik semua rakyat tidak kira bangsa dan agama. Negeri ini adalah progresif, moden dan bersederhana.

“Ini bukan negara Taliban dan sebagai Ketua Agama Islam di Johor, beta merasakan tindakan ini sama sekali tidak boleh diterima dan bersifat ekstremis,” titah baginda yang dipetik laporan Mstar Online.

“Beta mahu pemilik dobi itu memohon maaf kepada beta dan seluruh rakyat Johor. Dia telah membuat orang Johor malu dan marah kerana ini bukanlah apa yang Johor mahukan.

“Pemilik itu juga telah melanggar visi Johor untuk bersatu, hidup harmoni, bersederhana dan bertoleransi. Kalau dia mahu meneruskan juga perkhidmatan dobi Muslim itu, dia boleh keluar dari Johor. Beta cadangkan dia buka kedai di Afghanistan. Pemikirannya sempit dan tidak seiring dengan apa yang diperjuangkan di negeri ini.”

Semenjak titah daripada Sultan Johor di atas, pemilik dobi tersebut, yang enggan dirinya dikenali, telah tampil memohon maaf di atas kesilapan beliau dan telah membuang papan tanda “Mesra Muslim” daripada premisnya (gambar di bawah).

 

Papan tanda yang menjadi viral dan punca kemurkaan baginda Sultan Johor.

 

Bagi saya, mungkin benarlah pemilik dobi tersebut tak berniat nak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Tetapi, dek kerana pemahaman agama yang sempit, dia membuat keputusan yang dilihat kurang produktif. Bukan sahaja terhadap negeri Johor, tetapi juga kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Dan, ini baru contoh kecil betapa ceteknya pemahaman agama di kalangan masyarakat Melayu kita pada hari ini. Kalau kata bangsa kita ni kolot, ramai pulak yang marah. Tapi itulah hakikatnya. Ramai di antara kita yang terlampau ekstrim. Belajar agama baru sikit, tapi mengeluarkan fatwa mengalahkan mufti.

Golongan nilah yang pasti menyebabkan ketidakharmonian dalam masyarakat.

Terbaru ni, ada pulak seorang ustaz daripada Jakim yang mengeluarkan statement yang bercanggah dengan saranan Sultan Johor di atas. Mujurlah Ustaz mulut capui tu dah kena tangkap. Disebabkan mulut ustaz capui ni, ramai yang dah tertanya-tanya…. peruntukan RM 1 billion yang diberikan oleh kerajaan kepada Jakim ni dibelanjakan ke mana? Kalau pulangannya hanyalah menghasilkan ustaz-ustaz yang below par dan tiada kaliber, lebih baik dibelanjakan pada perkara-perkara lain yang lebih berfaedah.

Sesungguhnya, nilai RM 1 billion tu bukannya sedikit.

Janganlah kita jadi bangsa yang terlampau kolot. Ilmu tu di mana-mana, kat Internet pon boleh rujuk masyaikh-masyaikh yang bertaraf antarabangsa. Ni still dok harapkan ustaz-ustaz kecil-kecilan yang gemar memecahbelahkan masyarakat. 

Perjalanan kita masih jauh lagi rupanya…

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.