R.I.P. Chester Bennington

Berita terkini.

Penyanyi utama band terkemuka Linkin Park, Chester Bennington, meninggal dunia siang tadi disyaki bunuh diri. Beliau meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak.

Berita sebegini tentu mengejutkan ramai pihak di dalam industri muzik dan juga para peminat Linkin Park.

Saya amat menganggap Chester sebagai seorang yang berjaya me-mainstream kan music underground di dalam album pertama mereka Hybrid Theory (2000). Lagu seperti One Step Closer dan yang lainnya di dalam album tersebut benar-benar merevolusikan muzik keras yang, pada lazimnya, hanya kedengaran di dalam dunia underground. Tak dinafikan, mereka tampil dengan gaya yang tersendiri.

Persembahan rancak yang disertakan dengan vokal Chester yang bertenaga menjadikan Linkin Park diminati ramai.

Sedih melihat Chester meninggalkan dunia ini dalam keadaan tertekan dan dalam usia yang muda.

R.I.P. Chester Bennington.

 

 

 

 

 

Share this on : Share on FacebookShare on TwitterShare on GooglePlusShare on PinterestShare on Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *