Ramadan Kareem 1440

Ramadan Mubarak 1440 Hijrah!

Bulan puasa kini kembali lagi setelah setahun dilupakan. Pejam celik, pejam celik dah pon masuk hari ke-11 kita berpuasa.

Azam saya untuk Ramadan kali ni ialah untuk tidak singgah di mana-mana Pasar Ramadan (PaRam) untuk membeli juadah. Tak kiralah juadah besar maupun kecik, kambing bakar ke, ayam percik ke, roti jala ataupun roti john… tahun ni no more PaRam for me.

Saya rasa inilah pendekatan yang lebih baik (dan islamik) untuk mengelakkan pembaziran wang dan makanan.

Maklumlah, konsep bazaar/pasar Ramadan ni sememangnya merugikan.

So far, pengalaman saya dari tahun-tahun yang lepas pon jarang jugak saya pi singgah kat PaRam. Kalau beli pon takat ayam percik ajelah. Itupon, ayam percik dia bukannya sedap sangat – memang very dry. Mungkin terlebih masak barangkali?

Tu belum ambik kira jalan jem dan parking yang tak mencukupi. Confirm boleh menyebabkan keadaan menjadi sesak dan huru-hara. Gara-gara nak berebut parking ada pulak yang membaling selipar pulak nanti. 🙂

Tapi kalau ada di luar sana yang rajin dok pi PaRam ni, takpelah. Ikutlah selera masing-masing, ye tak?

Lagi satu harapan saya untuk Ramadan kali ini ialah harapnya takde lagilah Skuad Badar atau yang seangkatan dengannya. Saya ni memang against moral policing. Terutamanya, bila moral police tu sendiri boleh diragui akhlak dan morality nya. Kalau nak paksa-memaksa ni bukanlah tugas kita sebagai seorang individu Muslim.

Adakah Islam ni agama paksaan?

Bercakap mengenai agama, bulan puasa ni lah masa yang terbaik buat sahabat-sahabat perokok di luar sana untuk menghentikan tabiat merokok. Ia berbahaya untuk kesihatan dan haram di dalam Islam. Ya, dia haram di dalam Islam dan bukan makruh seperti yang kita anggap sebelum ni. Rebutlah peluang ni untuk berubah ke arah kebaikan. Selamat mencuba.

Apa pon, selamat menyambut Ramadan nan mulia.

Share this on : Share on FacebookShare on TwitterShare on GooglePlusShare on PinterestShare on Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *