Retrofit Lampu HID Proton Saga 2016

 

Saya beli Proton Saga model 2016 ni sebabnya dia ekonomikal, bergaya dan harganya yang berpatutan. Teramatlah sesuai nak dijadikan kereta Uber saya (ya, saya ni seorang pemandu Uber sambilan). Bagi saya, Saga baru ni juga save minyak dan kualiti dia lagi tinggi berbanding model-model Saga sebelumnya.

Dia dilengkapi reverse camera dan reverse sensors, ECO mode, pengecas USB (di depan dan belakang), but yang agak luas (420 liter) dan rear legroom yang juga agak besar (lagi besar dari Persona!). Memang sukar nak dipercayai tapi ruang kaki Proton Saga 2016 ni lebih besar dan lebih selesa berbanding Proton Persona 2016. Bukan nak kutuk Persona, tapi ni adalah hakikat. 🙂

Overall, setelah memandu Saga ni selama beberapa bulan, saya memang berpuas hati. From this price point, tak banyak yang boleh menandingi prestasi kereta segmen A ni.

Akan tetapi, masalahnya timbul di waktu malam yang gelap gelita…. hehehe. Lampu depan standardnya memang malap. Bila kita switch on lampu depan + fog lamp depan pun tak banyak beza. Rasanya masalah ni affects Proton Saga aje kot.

Tak taulah kenapa Proton bagi lampu yang begitu malap. Dia punya malap sehinggakan bila kita memandu di waktu malam, mata kita akan jadi kuyu. Penglihatan kita juga turut terbatas disebabkan cahaya lampunya yang tak terang. Kalau dalam keadaan yang betul-betul gelap, ni boleh mendatangkan bahaya.

Disebabkan saya ni juga rajin membuat Uber di malam hari, saya merasakan pencahayaan malap ni sebagai masalah yang besar. Justeru itu, saya mengambil keputusan untuk me-retrofitkan lampu jenis HID ke Saga saya.

Tapi sebelum tu, saya ada juga cuba tukar mentol standard halogen dia ke mentol LED. Adalah perbezaan sikit. Cuma masalahnya cahaya lampu dia agak menyilaukan sikit berbanding halogen biasa. Takdelah silau teruk sangat. Walaupun light output dia cerah dari bulb biasa, namun beam pattern dia tak seimbang. Yelah, housing original dia reflector sahaja… bukan projector pon. Hasilnya, cahaya lampunya hanya tertumpu pada dua point di hadapan kereta dan tak menyeluruh. Cahaya dia memang pecah. Harga untuk satu set mentol LED ni pulak ialah RM 400. Memang tak berbaloi sama sekali. Rugi RM 400! Ni haa brand dia…

Saga LED Bulb

 

Jadi nasihat saya kepada pemilik Saga 2016 di luar sana, kalau ada yang nak tukar bulb biasa ke mentol LED… baik tak payah. Simpan duit tu buat isi minyak atau top up Touch N’ Go lagi baik.

So, saya punya last resort adalah dengan kaedah retrofit HID ke dalam original housing Saga tersebut.

Untuk tujuan ni kita kena cari pakar retrofit HID ni. Sebab kalau saya buat sendiri memang fail kot. 🙂 Lepas puas mencari di Google, saya terjumpa dengan blog CSB Pro Autolight yang diusahakan oleh Bro Desmond (atau boleh juga try link facebooknya di www.facebook.com/csbpro). Bro Desmond ni punya kedai dekat area Puchong. Memang highly recommended lah mutu kerja dia. Harga dia pun amatlah berpatutan.

Anyway, lepas diteliti oleh Bro Desmond, didapati headlamp Proton Saga ni tak macam headlamp kenderaan lain. Ia menggunakan sejenis perekat khas yang dinamakan sebagai perma seal atau cold seal bagi “melekatkan” bahagian housing dengan cover lutsinar tu. So, proses nak bukak lampu ni pun payah dan mengambil masa yang lama jugaklah. Katanya dalam sehari setengah kot baru boleh bukak. 

Jadinya, nak tak nak, terpaksalah saya tinggalkan kereta Saga dengan Bro Desmond bagi menjalani keseluruhan proses pengubahsuaian ni. Lebih kurang dua hari baru siap. Dan setelah direkomenkan oleh Bro Desmond, dia mencadangkan saya menggunakan projektor LED instead of HID kerana teknologi LED ni lebih jimat tenaga dan tahan lama. Kelebihan LED ni juga dia tidak memerlukan ballast untuk berfungsi. Masa pencerahan juga serta-merta, tak seperti HID yang memerlukan masa untuk warm up. Dan, colour temperature memang natural. Dari segi harga pun, tak banyak beza.

Untuk projek ini, Desmond menggunakan Projector LED Innotek daripada LG.

LG Innotek 01
LED LG Innotek
LG Innotek 02
Diode dia kecik je
LG Innotek 03
Fan + heatsink

 

So, di bawah nilah hasilnya.

Proton Saga 2016 HID 02

Walaupun nampak agak garang tapi actually very unnoticable. Kalau sekilas pandang memang takde siapa perasan. Ada juga option andainya nak mengecat reflector dan shroudnya hitam untuk keterampilan yang lebih sporty tapi saya lebih suka original look.

Gambar-gambar kat bawah ni saya snap di carpark (yang tak berapa gelap sangat). Boleh nampak dia punya cutoff line yang jelas.

Proton Saga 2016 HID 03
Headlights OFF.
Proton Saga 2016 HID 04
Headlights ON. Boleh lihat paras cutoff dia yang terang lagi bersuluh.

 

FYI, menukar lampu halogen ke jenis projektor HID sebenarnya salah di sisi undang-undang. Kalau tak silap, denda dia RM 2000 gitu. Tak taulah kalau retrofit LED ni pulak bagaimana. Jadi, kalau ada diluar sana yang teringin jugak nak convert headlamp yang sedia ada ke lampu projektor HID/LED ni, do so at your own risk. Tapi kalau tanya saya adakah berbaloi conversion sebegini, saya akan katakan ya. Ia jauh lebih selamat, bukan sahaja kepada si pemandu bahkan juga pejalan kaki dan pengguna jalanraya yang lain.

Pada pengamatan saya, lampu projektor yang telah diretrofit (dipasang dan ditala dengan baik), memberikan pencerahan yang jitu di atas jalanraya. Ia selamat digunakan dalam apa jua keadaan dan tidak menyilaukan mata pemandu-pemandu lain. Ini adalah disebabkan faktor cutoff projektor tersebut yang tidak melebihi paras side-mirror kenderaan lain. Jadinya ia lebih selamat even for oncoming vehicles.

Jarak penglihatan di waktu malam lebih jauh dan pencahayaan objek-objek di atas jalanraya lebih jelas. Kini Saga saya takdelah masalah lampu terlalu malap lagi dan pemanduan menjadi lebih selamat.

Proton Saga 2016 HID 05Cahaya yang terhasil tidak menyilaukan.

Jadi, kalau ada sesiapa yang berminat untuk nak ubahsuai / retrofit HID atau LED kat kereta anda, bolehlah klik link berikut  www.facebook.com/csbpro.

 

 

12 thoughts on “Retrofit Lampu HID Proton Saga 2016

    1. Sori lambat reply. Harga untuk retrofit HID ni lebih kurang RM 1500. Manakala untuk retrofit LED (macam saya punya) pula adalah RM 1950. Harga dia bergantung kepada saiz dan jenis lampu yang digunakan.

  1. I often visit your page and have noticed that you don’t update it
    often. More frequent updates will give your website higher rank
    & authority in google. I know that writing content takes a lot of time, but you can always help yourself with miftolo’s tools which will shorten the time of creating an article to a few seconds.

    1. Have never had any problems with it (having gone through several roadblocks). It definitely looks OEM. The light output is similar to the Mercedes Benz W205 and the latest Lexus but without the glare. Most people won’t notice the difference just by looking at it head-on.

  2. Assalamualaikum,sesuai tak kereta ni kalau kita buat grab.maksudnya dari segi petrolnya.
    2.Ada tak masaalah pada gear CVT nya.
    Sy bercadang nak beli untik buat grab.

  3. Waalaikum salam… sorry lambat reply. Dari segi fuel consumption (FC) dia OK untuk buat Grab. Kalah sikit aje dengan Bezza. Comfort level dia pun baik juga berbanding Myvi, Grab atau Axia.

    1. Gearbox CVT dia, bagi saya, punca masalah kenapa Saga ni kurang laku berbanding Myvi. Kalau kaki kanan kita berat memang Saga ni kurang sesuailah. Sebab nak kena belajar tekan pedal minyak secara perlahan dulu (CVT lag dia amat ketara).

    Kalau untuk buat Grab body dia memang teramat sesuai. Pintu belakang dia boleh buka luas dan ruang kaki yang selesa.

    All the best!

  4. Nk tnya ni saga vvt ni mcm Mna nk guna lampu tinggi erk, 😂😂😂, try2 nk nyalakan tpi tak jumpa🤣😂🤣😂

    1. Stalk/tombol belah kiri stereng tu, cuba pusing ke atas/bawah. First notch untuk pilot light, 2nd notch untuk low beam. Kalau nak high beam tarik aje stalk ke belakang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.