Salah Tangkap Khalwat, Suami Isteri Saman JAWI

Pada pengamatan saya, kelakuan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kali ni sudah melampaui batas. Apa taknya, pasangan suami isteri yang sah pun boleh kena tangkap basah dan dituduh berkhalwat.

Lebih menyedihkan lagi, kedua-dua tertuduh, Mohd Ridhuan Giman, 34, dan isterinya, Siti Sarah Maulad Abdullah, 26, diperlakukan dengan begitu biadap sekali ketika tangkapan dibuat.

Ni memaksa kedua-dua pasangan suami isteri terbabit untuk memfailkan saman terhadap pegawai-pegawai skodeng penguatkuasa JAWI, Mohd Shiham Ramli dan Mohammad Izehar Md Amin, Ketua Pegawai Penguatkuasa JAWI, Ketua Pengarah JAWI, JAWI, Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia.

Saman dibuat berikutan penahanan kedua-dua tertuduh tidak sah dan menceroboh privasi mereka. Diikuti dengan dakwaan salahguna kuasa sebagai penjawat awam dan pelanggaran hak asasi kebebasan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Invisible Tape 002
Pasangan suami isteri, Mohd Ridhuan Giman dan isterinya, Siti Sarah Maulad, memfailkan saman terhadap penguatkuasa JAWI di Mahkamah Tinggi bagi menuntut keadilan dan ganti rugi am. Bersama mereka adalah peguambela, Yusfarizal Yussoff (dua dari kiri).

 

Kejadian Kes

Mohd Ridhuan mendakwa, ketika serbuan dibuat pada 8 Januari, dia berada bersama isterinya di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur. Lebih kurang jam 1:30 pagi, tujuh pegawai penguatkuasa JAWI, termasuk seorang pegawai wanita, mengetuk pintu bilik hotel mereka dengan tujuan menangkap khalwat. Ridhuan membuka pintu bilik tersebut serta memaklumkan kepada pegawai penguatkuasa terbabit bahawa isterinya sedang tidur dan tidak lengkap berpakaian. Dia turut memaklumkan bahawa Siti Sarah itu adalah isterinya yang sah dan mereka telah mendirikan rumahtangga sejak tiga tahun yang lalu. 

Walaupun sempat mengemukakan foto sijil nikah yang disimpan di dalam handphone kepada pegawai penguatkuasa terbabit. Namun pegawai itu, yang dikenalpasti sebagai Mohd Shiham Ramli, dikatakan berkeras dan cuba memasuki bilik tersebut secara kasar (walaupun mengetahui isteri Mohd Ridhuan itu tak lengkap berpakaian).

Berlaku sedikit pergelutan di antara pegawai terbabit dan Mohd Ridhuan ketika pegawai itu menceroboh masuk yang mengakibatkan Mohd Ridhuan mengalami kecederaan kecil. Seorang lagi pegawai penguatkuasa merakam video dan imej pasangan terbabit walaupun sudah sedia maklum mereka itu pasangan suami isteri yang sah. Apa motif dia berbuat demikian, kita pon tak tahu.

Pasangan tersebut kemudiannya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tun H.S. Lee sebelum dibawa ke pejabat JAWI atas tuduhan berkhalwat.

Ikuti ulasan peguambela pasangan tersebut, Yusfarizal Yussoff, berkenaan tangkapan berkenaan dan salahlaku pegawai-pegawai yang terlibat. 

 

Apa yang saya tahu, budaya samseng sebegini harus dihentikan. Tindakan mereka amatlah keterlaluan. Buat malu kat bangsa lain.

Saya acapkali menyebut bahawa serbuan JAWI atau JAIS ni tidak berlandaskan mana-mana nas Al-Quran atau hadis (yang sahih) dan bertujuan membuka aib orang sahaja. Not to mention, diorang ni ada penyakit voyeurism yang melampau sebab suka mengendap pasangan sedang memadu kasih.

Sesungguhnya, mengendap orang beromen dan mengetuk pintu-pintu hotel bajet nak tangkap orang khalwat ni bukanlah dari ajaran Islam. Hangpa ni buat ajaran sesat sendiri kah? Bawak bertaubat dulu.

Lagipon, hangpa berani buat operasi kat hotel-hotel bajet aje. Cuba try buat operasi kat hotel lima bintang tengok… ada berani? Tau pon takut. Ikan kecik confirm kena makan dengan ikan besaq nanti. Hahahaha.

Kalau benar-benar ikhlas nak mencegah kemungkaran, mulakanlah dengan didikan dan akhlak yang baik. Mencegah kan lebih baik dari menghukum. Ni akhlak hangpa pon meragukan, boleh pulak dok moral police akhlak orang lain? Camne tu?

Cadangan saya, disband saja team penguatkuasa a.k.a. Team Skodeng JAWI ni dan sekolahkan balik samseng-samseng ni pasal adab dan akhlak. Kalau method mereka suka paksa-memaksa dan guna kekasaran, sudah tentu benda tu tak baik dan perlu dihentikan serta-merta. Jangan jadikan agama sebagai alasan nak berkelakuan samseng.

 

 

2 thoughts on “Salah Tangkap Khalwat, Suami Isteri Saman JAWI

    1. Mmg pun.buat malu je yg komen acah2 bagus nak kata penguatkuasa jawi kaki skodeng.belajar undang2 tak habis ye dik. Aduan palsu,hina agama Islam dll.Yang tukang tulis artikel ni nasib tak kena saman dengan jawi sbb sebar benda palsu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.