Sekolah Tahfiz Terbakar, Lebih 20 Maut

Inna lillah wa inna ilaihi rajiuun.

Amat sedih sekali bila mendapat tahu pasal kebakaran yang berlaku di Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato’ Keramat, yang mengorbankan seramai 21 orang pelajar dan dua orang guru sekolah berkenaan.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam lima pagi itu turut dirakamkan oleh seorang bystander yang tak dikenali. Dalam rakaman video tersebut kedengaran teriakan mangsa-mangsa yang terperangkap di tingkat atas bangunan tersebut.

Memang sayu sekali.

Orang awam pun, dek kerana api yang marak, tak dapat berbuat apa-apa. Hanya kedengaran seorang lelaki melaungkan azan, barangkali kerana dah terdesak kot.

Sementara pihak Polis dan juga pihak Bomba melakukan siasatan dalam kes ini, diharapkan keluarga dan kenalan-kenalan mangsa banyak bersabar dengan dugaan ini.

Apa yang kita mengharapkan adalah keadilan ke atas kematian anak-anak yang tidak berdosa ini.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.