Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-59

post_image_merdeka59

 

Salam Kemerdekaan.

Tahun ini kita menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-59. Tema untuk tahun ini masih lagi sama macam tahun lepas iaitu Sehati Sejiwa.

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa. Malaysia bukan merujuk kepada satu-satu bangsa (ataupun agama). Malaysia untuk semua.

Walaupun setelah sekian lama negara kita merdeka namun kita masih dibelenggu dengan permasalahan yang perlu ditangani dengan matang dan rasional.

Kepentingan negara haruslah didahulukan supaya kita dapat membina sebuah negara yang maju dan majmuk di mana semua orang boleh hidup dengan aman damai.

Tiadalah erti kemerdekaan tanpa pengorbanan.

Akhir kata, selamat meyambut Hari Kemerdekaan ke-59.

#Merdeka2016   *SehatiSejiwa

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.