
Pejam celik, pejam celik dah sampai pon kita ke penghujung tahun 2018. Banyak jugaklah yang berlaku dalam tahun ni. Tak dapat nak huraikan satu persatu.
UMNO kalah PRU-14
Peristiwa yang paling bersejarah bagi tahun 2018 adalah kekalahan UMNO-BN di dalam PRU ke-14. Akhirnya, berkubur jua satu gabungan parti-parti lapok yang telah memerintah Malaysia sejak sekian lama. Rakyat dapat bernafas lega. Sememangnya kita mahukan perubahan!
Persoalan yang kita kerap dengar dalam tahun 2018 ini ialah “di manakah Jho Low?”

Bagi saya, icing on the cake nya berlaku apabila ahli-ahli UMNO sendiri yang akui 1MDB tu bermasalah dan penyebab utama kekalahan parti mereka. Tulaa, dulu geng hangpa dok diam aja. Bila ditanya aja pasal 1MDB bukan main melenting. Laa ni dah jatuh tersungkur mulalah nak lompat parti. Katak betullah korang ni…
Rusuhan di Kuil Maha Sri Mariamman
Peristiwa rusuhan di Kuil Maha Sri Mariamman, Puchong, yang telah menyebabkan kematian seorang anggota bomba, Mohd Adib, 24, memang tragedi yang sepatutnya boleh dielakkan.
Apa yang bermula sebagai salah faham di antara pemilik tanah dan penganut beragama Hindu di kuil tersebut telah menyemarakkan api perkauman di antara kumpulan penganut Hindu dan sekumpulan Melayu yang didakwa membuat kacau di kuil tersebut.
Akhirnya, Adib, salah seorang anggota bomba yang bertugas memadam kebakaran di kawasan tersebut dibelasah hingga mengalami kecederaan dalaman. Beliau meninggal dunia 21 hari kemudiannya.
Innalillah wa inna ilaihi rajiuun.
Harapan saya kejadian sebegini tidak berulang lagi. Tak perlulah kita bertindak melulu mengikut emosi. Adalah lebih baik jika SEMUA pihak matang bertindak mengikut akal yang kita ada.
Azam tahun baru
Saya punya resolusi tahun ni pulak adalah sama macam tahun yang lepas-lepas jugak iaitu nak bersenam lebih, kayuh basikal, jogging dan jaga diet. Tapi dengan jadual yang padat tataulah mampu tercapai tak cita-cita saya ni.
Let us pray for the best.
Oh ya, saya juga akan cuba memblog lebih dalam tahun ni terutama pasal isu-isu yang sensasi dan hangat.
Bagi saya, blogging merupakan salah satu cara untuk menyampaikan pandangan dan berita yang lazimnya tak keluar kat media mainstream.
Saya paham bahawa idea dan pendapat saya ni mungkin kontroversial sikit tapi, yang paling penting, saya tak paksa sesiapa pon untuk mengikutinya. It’s up to you nak terima atau tak. Either way, saya tak rugi satu sen pon. Kalau masih tak setuju dan tak berpuas hati bolehlah meninggalkan komen atau kritikan (yang membina), insya Allah saya akan cuba reply ASAP.
Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru.