Dulu time kitorang mula berjinak-jinak dengan irama punk + metal, Kedai Auntie di Kompleks Campbell ni lah antara tempat kami berkunjung. Waktu tu saya dan bandmates, Shahrul Ismail dan drummer, Hadri Ibrahim, sering bertandang ke sini.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan kaset-kaset underground yang lazimnya tidak terdapat di pasaran mainstream. Kaset-kaset copy atau “kaset fotostat” inilah menjadi medium bagi kami menghayati album-album terbaru kumpulan-kumpulan underground, baik lokal mahupun antarabangsa.
Kedai-kedai muzik underground sebegini turut menjadi tempat pengedaran zine dan flyers berkenaan tarikh dan lokasi upcoming gigs dan berita mengenai senario underground tanahair.
Secara tak langsung, industri muzik underground ni bukan sekadar hiburan untuk menghilangkan stress, bahkan juga sebagai social network… terutamanya kepada jiwa-jiwa muda dan para peminat muzik metal dan juga punk, tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman muzik.
Malang sekali, kaset-kaset underground ni tak dijual di kedai-kedai kaset biasa. Kat Salem Power Station takde…kat Tower Records takde… kat Jusco takde… kat pasar malam pon takde… pendek kata, memang payah lah nak cari kaset underground ni. Zaman dulu pulak bukanlah macam zaman sekarang. Zaman sekarang ni senang, ada YouTube, semua jenis muzik pon ada. Time dulu payah sikit.
Mungkin generasi muda remaja sekarang ni takleh nak faham kot. Dulu-dulu, kalau nak menghayati irama muzik underground ni kena bersusah-payah dulu. Nak kena naik bas pi town, jalan kaki sikit, pastu cari kedai yang menjual kaset berkenaan… 🙂 OKlah, takdelah susah sangat pun. Tapi kurang-kurang kena ada effort jugaklah. Usaha kan tangga kejayaan.
Di antara kedai-kedai kaset yang menawarkan kaset-kaset underground ialah kedai Campbell Music a.k.a. Kedai Auntie. Kedai ni terletaknya kat Level 1, Campbell Complex, KL. Memang famous lah tahun 90an dulu.
Layanan Mesra
Waktu saya pergi baru-baru ni, Auntie ni still melayan setiap pelanggannya dengan begitu mesra tanpa mengira orang dan jenis muzik yang diminati. Dia punya knowledge meliputi semua jenis genre – dari muzik klasik hinggalah yang kontemporari, rock, metal dan juga punk. Jadi, kalau ada apa-apa kemusykilan, bolehlah tanya direct kat Auntie.
Walaupun dikenali sebagai Kedai Auntie, tapi bukan Auntie seorang saja yang mengusahakannya. Suami kepada Auntie, si Uncle (bukan nama sebenar 🙂 ), pon turut terlibat dalam bisnes ni. So, pasangan bahagia ni lah pemilik/pengusaha Campbell Music ni. Dan, walaupun lebih kurang 20 tahun lamanya saya tak menjejakkan kaki ke sini, Uncle dan Auntie ni masih lagi kelihatan muda dan segak.

Oleh kerana, zaman ni dah takde lagi kaset (dan pemain kaset), jadi tumpuan utama Auntie dan Uncle adalah CD, t-shirts dan juga merchandise band–band rock, metal dan punk dll. Banyak jugak stok t-shirt yang diorang jual. Kebanyakannya t-shirt yang agak susah dicari di Malaysia. Mostly yang dicetak/diimport dari Thailand. Ada juga yang diimport dari Spain.
Dari segi harga pula, mostly dalam RM 30-35. Hoodies mahal sikit sebab kualiti kain dan printnya lebih tinggi.
![]() |
![]() |
Bagi peminat-peminat Iron Maiden, Metallica, Megadeth, Slayer, Pantera, Sepultura dsbnya bolehlah mendapatkan t-shirt kumpulan metal kegemaran anda di sini. Dia ada banyak sangat pilihan dan didatangkan dalam pelbagai saiz.
Hoodies pun ada banyak pilihan. Yang bestnya, hoodie yang sleeveless pon turut dijual.
Walaupun saya banyak emphasize kan merchandise punk dan metal, namun peminat-peminat rock kapak tak perlulah berkecil hati. Sebabnya, kedai Auntie turut menjual CD Rock Kapak dari zaman 80an sehinggalah modern rock yang ada pada hari ini.
Ingin menghidupkan kembali fantasi rock kapak anda? Sinilah tempatnya!
Kepada yang berminat nak menjejakkan kaki ke kedai Auntie, di bawah ni alamat dia. Tak hipster laa kalau tak datang sini dan selfie swafoto dengan Auntie. 🙂
Campbell Music, Lot 1.13, First Floor,
Campbell Complex,
Jalan Dang Wangi,
50100 Kuala Lumpur,
Tel: 03-2691 7679
Terbaik 👍👍👍
Hanya yang terbaik untuk Adi. 🙂