Stephen Hawking Meninggal Dunia

 

Ahli fizik terkemuka, Stephen Hawking, meninggal dunia pagi tadi di rumahnya di Cambridge. Anak-anaknya mengesahkan berita pemergian bapa mereka sebentar tadi. Mendiang berumur 76 tahun.

Ni berita yang amat sedih terutama kepada mereka yang mengikuti perkembangan beliau. Hawking merupakan seorang theoretical physicist yang amat terkenal oleh kerana kepintaran dan semangatnya yang tak pernah luntur di dalam bidang pengajian sains.

Biarpun diuji dengan penyakit yang telah melumpuhkan keseluruhan badannya, beliau tidak pernah berputus asa bahkan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mengetahui rahsia alam semesta (dan juga kehidupan). Memang mengagumkan.

Rest in peace, Stephen Hawking.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.