Sultan Johor Pernah Cuba Gusti Lengan?

Bersempena Majlis Istiadat Pertabalan Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Iskandar yang berlangsung semalam, banyaklah juga liputan dan juga cerita-cerita menarik yang kita dapat dengar berkenaan baginda Sultan, samada daripada suratkhabar dan juga social media.

Saya pun sebenarnya ada juga cerita untuk dikongsikan pasal baginda Sultan. Teringat saya kepada satu peristiwa yang berlaku lebih kurang lima tahun yang lepas. Sewaktu tu saya membuat liputan pasal acara Gusti Lengan di Ledang, Johor sempena Kembara Mahkota Johor 2010.

Nak dipendekkan cerita, pada waktu tu diberitakan kepada kami bahawa baginda Sultan pun berkenan mencemar duli nak cuba gusti lengan. Time tu pulak memang saya dah siap standby dengan kamera. So, video di bawah ini diambil dengan Canon Powershot lama saya yang kualitinya agak bagus walau tak HD (waktu tu kebanyakan kamera belum HD lagi).

Terpaksa saya berasak-asak dengan press photographers dan juga pihak Polis untuk mendapatkan shot yang terbaik walaupun agak shaky. Nama pun amatur, nak buat macam mana.

Jadi inilah hasilnya. Enjoy.

 

 

Uploaded on Aug 11, 2010

The King of Johor, DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar and his two sons, the DYAM Tunku Mahkota (Crown Prince) of Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail and Tunku Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim Ismail and the king’s Kembara Mahkota entourage taking part in the Ledang Open Armwrestling Tournament.

Sultan Johor, DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan putera-puteranya, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail dan Tunku Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim Ismail beserta Kembara Mahkota Johor 2010 mengambil bahagian dalam Pertandingan Gusti Lengan Terbuka Ledang.

Brought to you by the Johor Armsport Association.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.